Pengalaman Terbang Dengan All Nippon Airways Jepun

Media Trip Osaka dan Fukuoka 2014 tamat selepas hari ketiga dan tiba masa untuk kami pulang. Kalau masa mula-mula sampai, kami dibawa merasai pengalaman menaiki Shinkansen dari stesen Shin Osaka menuju ke Hakata, Fukuoka. Waktu pulang ke Malaysia, kami merasai pengalaman menaiki penerbangan domestik dari Fukuoka Airport (nama lama Itazuke Air Base Fukuoka) menuju ke Osaka.

Pengalaman Terbang Dengan All Nippon Airways Jepun atau singkatannya ANA satu pengalaman baru. Penerbangan domestik dari Fukuoka ke Osaka umpama penerbangan Kuala Lumpur Menuju Kuching, merentas laut. Yang membezakan cuma penerbangan dari Fukuoka ke Osaka hanya memakan masa satu (1) jam dan ia terbang rendah dari penerbangan biasa.



All Nippon Airways Japan

Pesawat B737-700 All Nippon Airways Jepun


Di Jepun memang selalu berlakunya ribut taufan dan angin kencang. Penerbangan dengan pesawat ANA ini memang agak scary, sebab ada beberapa kali bergegar dan juga rempuhan awan yang agak kasar. Erm,,, laju jantung MrJocko berdegup, serius memang gerun.

Namun, sepanjang perjalanan selepas itu memang menakjubkan. Pemandangan negara Jepun dari Fukuoka memang menarik. Boleh lihat secara jelas bukit bukat Jepun tak tiada pokok kayu yang tinggi seperti Malaysia, serta petak sawah padi Jepun yang cantik dari atas pesawat sepanjang perjalanan. Sebab itu Jepun kaya dengan kualiti beras dan nasi yang bagus.


Menaiki pesawat ANA umpama menaiki pesawat AirAsia, cuma bezanya mereka hidangkan air minuman Jus Epal percuma sebagai penghilang dahaga. Yang lain hampir sama. Yang lebih ketika pesawat ANA ini ialah ada TV dan disiarkan rancangan untuk hiburan sementara penumpang sebelum mendarat di lokasi yang dituju.

Dengan pengalaman menaiki pesawat ANA ini, rasanya ini lah yang selalu rakyat Jepun hadapi bila menaiki pesawat domestik, gegaran angin dalam pesawat kerana awan dan jugak angin kuat. Rasa gerun masih belum hilang, terasa macam jantung di sentap masa tu. 

Apapun secara keseluruhan terbang di awan negara Jepun memang menarik. Pemandangan dari atas memang cantik dan sukar digambarkan. Jika anda ada peluang terbang menggunakan pesawat domestik Jepun, anda mesti cuba

Terima kasih buat Fukuoka City Government dan Tourism Malaysia atas jemputan ke Asian Pacific Festival Fukuoka 2014.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s