Pak John Steamboat : Steamboat Best Dan Sedap

Pak John Steamboat adalah sebuah restoran yang menyediakan menu makanan ala steamboat yang semakin diminati ramai di sekitar Kuala Lumpur. Sebab itu, hujung minggu lepas MrJocko bawa wife dan anak-anak untuk family dinner di Pak John Steamboat Wangsa Walk, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Ada yang belum tahu pasal Pak John Steamboat?
Pak John Steamboat & BBQ ini mempunyai dua lokasi restoran di Kuala Lumpur. Satu di Wangsa Walk dan satu lagi di e-Curve, Mutiara Damansara.

Apa yang MrJocko tahu, Pak John Steamboat, mereka menyediakan menu steamboat cara masakan steamboat trend moden yang mana anda pilih menu mentah yang anda mahu seperti seafood, ayam, daging, meat ball, sayur dan bahan-bahan lain untuk anda rebus dalam kuah samada kuah sup tulang, kuah kari, kuah sup miso, sup ayam atau kuah tomyam special, resepi khas dari Pak John Steamboat. 

Menu Pak John Steamboat yang sedap
Anda boeh pilih samada nak order set yang disediakan, atau order plate by plate yang mana anda boleh pilih sendiri kombinasi menu yang anda suka untuk dipadankan dengan kuah sup anda. Di Pak John Steamboat, anda bukan sahaja makan menu steamboat berkuah pilihan anda tetapi boleh grill BBQ menu yang anda pilih dalam masa yang sama. 

Jadi, anda boleh cuba menu untuk steambot dan BBQ dan menikmati keenakkan masakan ini sekaligus. Baru best…

Pak John Steamboat yang sedap


Untuk kami cuba masa Pak John Steamboat family dinner tempohari kami pilih set for 4 orang dengan harga cuma RM69.90. Pakej ini memberikan anda memilih 3 lagi plate tambahan Percuma. Berbaloi kan makan steamboat di Pak John???

Menu kuah yang kami pilih ialah Tomyam Sup dan ia mempunyai rasa tomyam disepadankan dengan udang, ketam, meatball dan juga sayur-sayur.

Anak MrJocko, si Khalish dan Hasya memang suka makan meat ball dan juga ketam. Tambah lagi boleh makan dengan mee yang ala-ala maggi, lagi mereka suka.

Wife MrJocko lebih suka makan udang yang direbus dalam kuah tomyam dan juga udang yang di grill BBQ. 


Lihat je la apa yang ada dalam mangkuk Tomyam Pak John Steamboat ni, ada ketam, udang, sotong, ayam, daging, sayur dan juga mee yang memang menyelerakan. Tambah pula, kalau anda perasan, menu yang dihidangkan di Pak John Steamboat memang segar dan ada kualiti, tak seperti sesetangah restoran yang menyediakan menu yang kurang segar.

Bila menu yang segar, rasa steamboat pun sudah pasti sedap dan segarrr,,,!!!

Family dinner kami malam tu memang terbaik di restoran Pak John Steamboat Wangsa Walk. Memang kenyang, Wife pun suka, anak-anak lagi la suka. Kami memang kenyang. Kalau boleh memang nak makan lagi, tetapi tak larat nak makan dah.

Berbaloi makan di Pak John Steamboat. InsyaAllah, kalah ada rezeki nak cuma menu steamboat yang sedap di Pak John Steamboat e-Curve, Mutiara Damansara. Katanya branch di sana lebih besar, menu yang lebih banyak dan ruang makan yang lebih selesa.

Kalau tak sempat nak pegi dinner, boleh juga cuba menu Lunch di Pak John Steamboat. mereka pun ada banyak promosi pakej makan tengahari di Pak John Steamboat Wangsa Walk atau e-Curve Mutiara Damansara.

Kami kenyang di Pak John Steamboat, anda macamana???

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s