Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat

Mereka yang aktif di media sosial, seperti Blogger atau Influencer, mungkin akan mengambil berat tentang follower di Facebook, Twitter atau Instagram. Ramai antara kita memang mencari cara untuk naikkan follower Facebook, Twitter dan Instagram hinggakan ada yang sanggup membayar service naikkan LIKE akaun Instagram mereka sehingga RM300++ untuk dapatkan 1,000 LIKES.


MrJocko ingin berkongsi cara dan tips naikkan follower Instagram dengan mudah dan cepat tanpa keluarkan modal satu sen pun. Ini berdasarkan pengalaman MrJocko sendiri dan bukan sekadar ambil dari internet atau cerita orang lain.

Tips Naikkan Follower Instagram Dengan Mudah dan Cepat

1. Buka akaun Instagram anda dan pergi ke bahagian ‘SEARCH’
2. Google akaun Selebriti Malaysia (jika anda mahu dapatkan LIKES dari Malaysia) dan klik akaun tersebut. Sebagai contoh akaun Instagram Lisa Surihani @iamlisasurihani
3. Perhatikan bahagian follower Lisa Surihani, ada lebih 962,000 follower.

Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat

4. Klik bahagian follower Lisa Surihani @iamlisasurihani dan anda akan nampak senarai beribu-ribu akaun follower Lisa Surihani.
5. Sekarang, tugas anda, follow satu persatu, setiap akaun Instagram yang follow Lisa Surihani tersebut. Kalau anda mahukan 100 LIKES, anda ‘follow’ je 100 akaun di sana.
6. InsyaAllah, dalam masa beberapa minit, tak sampai satu jam, rakan-rakan di akaun Instagram tersebut akan follow akaun Instagram anda.
Mudah kan???


Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat

Akaun Instagram Artis Malaysia
Tips Kenapa Akaun Instagram Anda Akan Di ‘Follow’
Akaun Instagram @MrJocko hanya sekadar mempunyai 750 follower pada 22 Oktober 2014. Alhamdulillah, selepas menggunakan Cara dan Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat ini, dalam masa 2 hari MrJocko dapat kumpul sehingga 1080 follower di Instagram.

Memang bukan senang nak naikkan follower tambah-tambah lagi kita bukan awek cun, bukan awek yang seksi, bukan lelaki hensem dan macho seperti Abang Ensem serta kacak macam Boni Kacak.

Sebab itu kena ingat, kalau kita mahukan ramai orang follow kita, kita kena la follow orang lain. Win Win Situation yang mana semua orang dapat benefit untuk dapat follower baru. Ini yang selalu kita lupa. Kita nak orang follow kita, tetapi kita seakan sombong nak follow orang lain.

Ada yang memberi idea letakkan koleksi gambar Instagram di Blog, share akaun Instagram di Facebook dan Twitter, tetapi secara peribadi itu semua tidak berkesan seperti cara dan tips naikkan follower Instagram dengan mudah dan cepat ini.

Anda cuba dulu Cara dan Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat yang MrJocko kongsi ini. Beri masa satu hari sekurang-kurangnya. InsyaAllah, anda akan dapat hasil dengan menerima ramai rakan follower baru tanpa keluarkan modal satu sen pun.

Selamat Mencuba. Kongsi pengalaman anda samada berjaya atau tidak.

15 komen pada “Tips Naikkan Follower Instagram Mudah Dan Cepat”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s