Ujrah PTPTN Dan Syarat AM Pertukaran Pembiayaan Ujrah PTPTN

Maklumat Mengenai Ujrah PTPTN


* UJRAH adalah upah 1% setahun pada kadar rata bagi menggantikan kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih dari 1 pinjaman diwajibkan untuk menggabungkan kesemua pinjaman untuk melayakkan pertukaran UJRAH.

* Sekiranya tidak bersetuju, peminjam akan kekal di pinjaman konvensional dengan kadar kos pentadbiran 3% dan 5% setahun atas baki berkurangan.

* Sekiranya bersetuju, sila teruskan atau kunjungi cawangan PTPTN berhampiran.


Pertukaran pinjaman kepada pembiayaan Ujrah (1%) kepada semua peminjam KECUALI:

i. Peminjam disahkan meninggal dunia atau ilat;

ii. Peminjam telah mendapat pelepasan bayaran balik kerana mendapat Ijazah Kelas Pertama; atau

iii. Baki pinjaman kurang daripada RM1,000.00.

Cara Memohon Ujrah PTPTN

Permohonan boleh dibuat melalui Borang Kemaskini Maklumat Pertukaran Ujrah PTPTNBorang yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke kaunter PTPTN. 


Ujrah PTPTN Dan Syarat AM Pertukaran Pembiayaan Ujrah PTPTN


Syarat-syarat Am Pertukaran Pembiayaan Ujrah PTPTN
  1. Penawaran Ujrah PTPTN adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.
  2. Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional, penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah.
  3. Permohonan pertukaran Ujrah PTPTN tidak akan diproses sekiranya peminjam tidak bersetuju untuk menggabungkan kesemua pinjaman tersebut. Rekod pinjaman peminjam akan kekal sebagai pinjaman konvensional.
  4. Peminjam perlu memulangkan semula perjanjian yang lengkap dan sempurna berserta setem hasil selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran pertukaran Ujrah terus di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri.
  5. Penerimaandokumenperjanjianselepastamattempohsahlakuakanmenyebabkan tawaran terbatal dan peminjam perlu mengemukakan permohonan Ujrah yang baru. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s