Ultraman Live In Genting 2015 : Resorts World Genting

Untuk peminat Ultraman khususnya, anda bernasib baik kerana Ultraman akan datang ke Malaysia dan mengadakan pertunjukkan khas selama sebulan bermula Februari 2015 nanti. Lokasinya ialah di Kota Keriangan, Resorts World Genting, Malaysia.

Ultraman Live In Genting 2015 dibawakan secara eksklusif oleh pihak Resorts World Genting dan Tsuburaya Productions dari Jepun.




Roadshow untuk Ultraman Live In Genting 2015 : Resorts World Genting ini telah diadakan di Pavilion, Kuala Lumpur pada 31 Oktober 2014 dan MrJocko sempat singgah untuk merasai kemeriahan sambutan peminat Ultraman sempena dengan kedatangan superhero Ultraman ini.

Ruang legar Pavilion KL digegarkan dengan kehadiran Ultraman Zero, Ultraman Tiga dan juga Ultraman Ginga dalam usaha mereka menentang makhluk jahat Dark Baltan dan Ex Zeton.

Ada 39 watak Ultaraman yang ada diseluruh dunia, 8 daripada watak ini akan datang ke Malaysia dan mengadakan persembahan hebat di Resorts World Genting sempena Ultraman Live In Genting 2015.

Persembahan ini bakal menjadi Pertunjukkan Ultraman Terbesar Yang Di Adakan Di Luar Jepun. Jom ramai-ramai saksikan persembahan hebat Ultraman ini di Resorts World Genting.

Untuk informasi anda, Ultraman Live In Genting 2015 : Resorts World Genting akan berlangsung dari 19 Februari 2015 – 22 Mac 2015 di Genting International Showroom.

Untuk sementara ini, anda boleh ke ruang legar Pavilion KL di Tokyo Street, bermula 27 Oktober 2014 hingga 9 November 2014 untuk dapatkan tiket-tiket Ultraman Live In Genting 2015 : Resorts World Genting. 

Harga Ultraman Live In Genting 2015 : Resorts World Genting bermula dari RM48 (PS2), RM68 (PS1) dan RM88 (VIP). Untuk Genting Rewards Card Members anda akan menerima 30% diskaun early bird dan bagi Non-Member, anda akan menerima 15% diskaun sepanjang tempoh promosi ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s