Cara Mudah Pasang weBoost Drive 3G-S Di Kereta

Minggu lepas MrJocko dijemput untuk hadiri pelancaran produk baru weBoost Drive 3G-S di Bangsar South. Produk baru jenis booster ini adalah untuk rangkaian network seperti telefon dan juga broadband. MrJocko diberi satu set lengkap weBoost Mobile Signal Booster untuk kegunaan sendiri dan berkongsi dengan pembaca semua.


Hari ni, MrJocko sempat untuk setup dan pasang weBoost Drive 3G-S ini di kereta MrJocko. Untuk pengetahuan anda, pemasangan weBoost Drive 3G-S ini amat mudah dan ia mengambil masa kurang dari 30 minit.

Cara Memasang weBoost Drive 3G-S Di Kereta

1. Anda tentukan dimana lokasi weBoost Booster yang anda mahukan. Kalau boleh, letak dibahagian yang strategik dan berdekatan dengan Power Outlet Port atau USB Point kereta anda untuk tujuan ‘pengecasan’.

2. Seperti kereta MrJocko, ada mempunyai Power Outlet Port dan juga USB Port. Pilih mana satu yang anda rasa sesuai.


3. Pastikan anda memasang Power Cable dan Antenna Cable dengan betul dan kemudian lekatkan pada tempat yang sesuai.

4. Pastikan anda letakkan Antenna anda di luar kereta. Antenna ini yang berfungsi sebagai penarik atau ‘booster’ yang akan menangkap coverage telco atau broadband anda supaya anda boleh mendapat coverage yang maksima.

5. Switch On smartphone atau huddle broadband anda dan ia siap untuk digunakan.

Anda boleh guna Smart Phone atau Broadband Huddle untuk kegunaan anda. Seperti MrJocko, kami lebih kepada penggunaan Broadband kerana dalam satu kereta, maksima 5 orang boleh guna. Bagus kan???





Tengok beza gambar pertama ini, coverage yang ada cuma berwarna Kuning, ia menunjukkan ‘poor coverage’. Bila guna weBoost Drive 3G-S , ia terus naik sehingga maksima.

Itu sahaja untuk kali ini. InsyaAllah, lepas ni MrJocko akan cuba guna weBoost Drive 3G-S ini di jalanraya. MrJocko akan cuba untuk lihat kehebatan weBoost ini untuk digunakan di dalam lebuhraya PLUS .

Tunggu update dan review MrJocko nanti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s