Syukur Dengan Rezeki Kita, InsyaAllah Hati Akan Tenang

Dengki dan Iri Hati


Salam Jumaat untuk semua pembaca MrJocko. Untuk minggu ni, tak banyak entry travel yang sempat mrJocko kongsi sebab rasanya dah cover banyak sejak Januari 2014 hingga Oktober 2014. InsyaAllah, kalau tiada aral melintang, esok MrJocko akan ke Taiwan untuk sertai Media FAM Trip Muslim 2014 selama 6 hari.

Sejak berhenti kerja dari makan gaji April 2014, MrJocko mengemudikan nasib sendiri dengan mengendalikan Agensi Perunding Kewangan dan juga buat Blog. Alhamdulillah, dua-dua cabang business MrJocko ini semakin berkembang, tambah-tambah lagi Income dari Blog.

Kalau dulu, masa kerja makan gaji, banyak masa terhad berada di pejabat sahaja. Bukan sahaja kekangan peluang untuk ceburi bidang lain, tetapi tugas semakin hari semakin mencabar, sedangkan kenaikkan gaji tahunan sekitar 5% – 6% sahaja setiap tahun.

Secara peribadi, MrJocko masa itu kadang-kadang memang ada perasaan iri hati dan dengki melihat  rakan-rakan lain berjaya dalam perniagaan. Kadang-kadang, bila melihat rakan berjaya dalam bidang business mereka, MrJocko terasa perasaan kenapa dia boleh buat dan boleh hidup senang. Kenapa aku tak boleh???

Sebab perasaan iri hati dan dengki yang tak betul, ia kadang-kadang membuatkan kita rasa tak tenteram dan aman. Kenapa? Kerana hasutan syaitan dan iblis yang menggoda kita untuk sentiasa membenci orang yang lebih senang dari kita.

Alhamdulillah, selepas MrJocko kerja sendiri, memasuki tahun ketiga, perasaan dengki itu semakin hilang, iri hati sudah semakin pudar dan ia ditambah dengan semangat untuk lebih berjaya dari rakan lain dengan cara berusaha lebih keras.

Dengan masa yang sangat fleksibel dan peluang yang sangat luas di luar waktu kerja pejabat, MrJocko ambil, usaha dan tunjukkan hasil kerja. Kini, walaupun ia masih berada di permulaan, MrJocko amat berpuas hati dengan pencapaian diri sendiri. 

Bulan November 2014 menjadikan setahun MrJocko merasai pengalaman dalam bidang Travel Blogger dan sudah menyertai lebih dari 10 FAM Trip bersama-sama agensi dari Tourism Malaysia, Tourism Authority of Thailand, Tourism Indonesia, Gaya Travel dan banyak lagi.

InsyaAllah, setakat ini MrJocko berpuas hati kerana buka sahaja dapat sertai FAM Trip tetapi dapat berkongsi peluang ini bersama rakan blogger yang lain. Harap kami akan terus mendapat kepercayaan dari klien-klien kami.

Saya ingatkan diri sendiri dan rakan-rakan supaya, tabahkan hati, buang perasaan dengki dan iri hati jauh-jauh kerana dengan perasaan ini ia akan memberikan perasaan tension yang tidak akan habis. Kenapa kita nak dengki sedangkan benda-benda rezeki ini adalah di luar kawalan kita. 

Teruskan usaha untuk terus berjaya. Ambil inisiatif, kalau mereka boleh dapat income RM10,000 sebulan, kita juga boleh dapatkan nilai yang lebih dari itu dengan usaha kita. Kita juga boleh berjaya. 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s