Restoran Halal Di Tai-yi Ecological Leisure Farm Tainan Taiwan

Hari pertama sampai di Taiwan untuk trip kali ini, kami bergerak terus dari lapangan terbang Taoyuan (baca Tauyuen) ke lokasi makan malam di Tainan. Destiasi kami ialah menuju ke hotel Tai-yi Ecological Leisure Farm yang terletak di Tainan.
Kami akan mencuba menu makanan halal di Restoran South Garden Banquet Hall di Tai-yi Ecological Leisure Farm. Restoran ini adalah Muslim Friendly Restaurant dan mendapat pengiktirafan dari The Chinese Muslim Association Taiwan.

Kami sampai di sana kira-kira jam 7.00 malam dan kami dihidangkan dengan menu halal Taiwan yang sangat menarik. Antara menu yang kami cuba malam tu ialah ayam goreng rempah, itik salai, sotong goreng,  ikan, udang goreng, sup ketam dan sayuran. Semua menu memang sedap dan berbeza dengan yang ada di Malaysia.
Yang baru MrJocko cuba ialah sayur beauty leg dan itik salai. Yang paling menarik perhatian MrJocko semestinya itik salai yang jarang-jarang kita jumpa di Malaysia.

Secara keseluruhan, menu masakan di Taiwan memang berasaskan cara masak orang cina. Rasa memang sedikit tawar tetapi ia adalah antara menu yang sedap dan sihat. Banyak menu yang dihidangkan sebenarnya adalah makanan yang boleh menyihatkan badan dan membantu sistem pencernaan di dalam badan.
Kami semua memang teruja untuk mencuba menu halal Taiwan yang baru kami explore di Restoran South Garden Banquet Hall Tai-yi Ecological Leisure Farm ni. Masing-masing tak sabar dan menunggu mana satu menu yang sedap.

Jadi, kalau ke Tainan Taiwan, MrJocko dah tahu nak cari menu makanan halal di mana. Salah satunya di Tai-yi Ecological Leisure Farm yang menyediakan menu makanan halal Taiwan yang sedap dan boleh menyediakan untuk maksima 100 orang dalam satu masa. Sesuai untuk company lunch atau dinner jika ke Tainan, Taiwan.
AirAsiaX menawarkan 2 penerbangan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Taipei setiap hari.

Taiwan Heart of Asia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s