Tai-Yi Ecological Leisure Farm Resort Nantou

Tai-Yi Ecological Leisure Farm terletak di kawasan Nantou, Taiwan. Yang menarik di Tai-Yi Ecological Leisure Farm ini kerana ia terletak di tengah-tengah Taiwan dan berada di sekeliling tanah tinggi serta berdekatan dengan banyak lokasi menarik tumpuan pelancong di Nantou, Taiwan.

Tai-Yi Ecological Leisure Farm ini juga berada bersebelahan dengan Tai-Yi Red Maple Resort yang mana di sini ia mempunyai pelbagai jenis tumbuhan dan bunga-bunga indah di keluasan 40,000 kaki persegi di sekitar resort-resort ini.

Resort ini, Tai-Yi Ecological Leisure Farm Resort Nantou mempunyai sebanyak 104 bilik termasuk Red Maple Boutique Hotel, Bungalow dan Flower Lodge. Harga setiap bilik bermula dari harga NTD3,600 (RM360) yang mana setiap bilik boleh memuatkan 2 orang dewasa minima dan termasuk sarapan pagi. 
Di Tai-Yi Ecological Leisure Farm Resort Nantou terdapat kemudahan seperti restoran Southern Garden Banquet Hall yang menyediakan menu makanan halal, restoran terapung, Flower Cafe, bilik conference, rainforest garden, taman rama-rama, flora temple, shading green garden, Gold Brick Stones, fruit picking, aboriginal dancing, mothers pavilion dan juga kelas DIY kraftangan. Banyak aktiviti yang boleh anda buat jika menginap di Tai-Yi Ecological Leisure Farm Resort Nantou.
Jika anda dari Taipei, ia memakan masa selama 3 – 4 jam pemanduan bergantung kepada kesesakkan jalan raya. Nak mudah, anda cari pakej yang di sediakan melalui Biro Pelancongan Taiwan atau pakej swasta yang menyediakan pakej biasa atau pakej lawatan Muslim ke Taiwan.
Alamat Tai-Yi Ecological Leisure Farm Resort Nantou ialah No 176, Sec. 1st, Zhongshan Rd., Puli Township, Nantou County 54560, Taiwan.
AirAsiaX menawarkan penerbangan pergi dan balik dari Kuala Lumpur ke Taipei melalui 2 penerbangan pada setiap hari dengan harga yang berpatutan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s