Taiwan Cycling Festival 2014 Di Sun Moon Lake

Taiwan Cycling Festival 2014 telah berlangsung di Sun Moon Lake, daerah Nantou Taichung bermula dari 8 November 2014 sehingga 16 November 2014. Festival ini adalah anjuran kerjasama dari Taiwan Tourism Event, Taiwan Tourism Bereau, Sun Moon Lake National Scenic Area Administration dan juga Taiwan Ministry of Education.
Tahun ini, Taiwan Cycling Festival 2014 memasuki tahun ke-4 dan semakin besar penganjurannya. Tarikan untuk Taiwan Cycling Festival ini bukan dahaja dari dalam negara, tetapi mendapat sambutan dari luar negara termasuk Jepun, Korea dan beberapa negara lain yang berdekatan.

Medal untuk Taiwan Cycling Festival 2014 Di Sun Moon Lake
Penganjuran Taiwan Cycling Festival adalah sebagai langkah promosi Taiwan untuk memperkenalkan Taiwan sebagai destinasi pelancongan berbasikal yang menarik di Asia. 
Dalam festival besar seperti Taiwan Cycling Festival ini, ada banyak aktiviti sampingan lain yang dianjurkan oleh penganjur. Tetapi yang menjadi acara utama ialah Formosan 900, Sun Moon Lake Come! Bikeday dan juga Taiwan KOM Challenge.
Sepanjang festival di Taiwan Cycling Festival 2014 ini, antara aktiviti lain yang sempat MrJocko jenguk ialah jualan basikal dan aksesori basikal, persembahan Basikal Beragam Nostalgia, Basikal Kanak-kanak dan juga persembahan Stunt Bike di perkarangan pentas utama.

Sun Moon Lake ini memang terkenal dengan lokasi berbasikal sebagai salah satu aktiviti riadah yang terkenal di Taiwan. Tak hairan lah kalau trek berbasikal di Sun Moon Lake ini menjadi trek berbasikal di tepi tasik terkenal di dunia.
Info tambahan, di Sun Moon Lake ini terdapat 6km trek berbasikal sepanjang tebing tasik ini. Tetapi, untuk anda yang mungkin mahukan cabaran, anda boleh berbasikal melalui laluan trek khas sejauh 30km di sekitar Tasik Sun Moon ini.
Tahun ini dianggarkan lebih 10,000 yang turut serta dalam Taiwan Cycling Festival 2014 di Sun Moon Lake ini. Setiap hujung minggu, kawasan ini sentiasa dipenuhi dengan penunggang basikal dan berbasikal di tasik yang terkenal di Taiwan ini.
Jika anda bercadang untuk ke Sun Moon Lake ini, anda boleh rancang untuk menginap di sekitar Sun Moon Lake samada di hotel, homestay ataupun capsule hotel. Ada banyak pilihan untuk anda pilih. Selain itu, anda boleh menyewa basikal di sini dengan harga NTD100 bagi setiap satu jam untuk merasai sendiri pengalaman berbasikal di Sun Moon Lake Nantou.
Buat pengetahuan anda, AirAsiaX kini terbang dari Kuala Lumpur ke Taipei setiap hari dengan menawarkan 2 penerbangan pergi dan balik.

Bicycle Taiwan Cycling Festival 2014 Di Sun Moon Lake

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s