Dream Trip To Macau

Dream Trip To Macau, memang sudah lama MrJocko teringin untuk melancong ke Macau. Banyak cerita yang bagus dikongsi oleh rakan-rakan yang sudah melancong ke Macau. Ini kerana Macau bukan sahaja menawarkan destinasi pelancongan sejarah, tetapi lokasi percutian beli-belah yang terkenal di Asia. Kini, Macau adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di dunia. 

Macau sebenarnya adalah sebuah bandar raya yang mempunyai sejarah yang panjang dan ini bermakna terdapat banyak perkara yang pelancong boleh terokai jika ke Macau. Bandar ini merupakan campuran pelik budaya Cina dan Portugis yang anda tidak akan melihat mana-mana sahaja di dunia. Bandar ini mempunyai ‘citarasa’ seperti gaya Eropah walaupun kebanyakan orang yang tinggal di bandar raya ini adalah berbangsa Cina. Terdapat beberapa perayaan yang menggabungkan kedua-dua orang Portugis dan masyarakat Cina yang unik dan hanya ada di Macau sahaja.


Tempat Menarik di Macau

Ruins of St. Paul
MrJocko jenis yang suka kepada sightseeing. Oleh itu, kalau la dapat ke Macau, MrJocko lebih suka untuk melihat pemandangan yang cantik dan juga peninggalan sejarah. Antara yang paling terkenal di Macau ialah tinggalan bangunan Ruins of St. Paul’s. Perjalanan ke Macau tanpa melawat sisa runtuhan St Paul ini bermakna seperti tidak melancong ke Macau sama sekali. Ia adalah salah satu daripada tarikan Macau yang paling kerap dilawati pelancong. Asalnya dibina pada abad ke-17, ia telah dimusnahkan oleh kebakaran pada tahun 1835 dan apa yang kekal hingga ke hari ini adalah muka hadapan bangunan Gereja & St Paul.



trip to macau




Senado Square Macau
Senado Square terletak di pusat bandar Macau selama berabad-abad dan ia masih menjadi pilihan tempat membeli-belah di musim perayaan. Ia adalah konsep shopping mall terbuka dan dibina dengan batu berwarna mozek corak gelombang cantik yang dicipta oleh orang Portugis. Kalau anda jenis yang minat barangan berkualiti dan berjenama, Senado Square adalah lokasi pilihan anda.



trip to macau




A-Ma temple

Nama Macau dikatakan berasal dari A-Ma-Gau atau Tempat A-Ma dan yang didedikasikan untuk dewi pelaut dari awal abad ke-16.

Menurut legenda, A-Ma, seorang gadis miskin mencari laluan ke Canton, telah ditolak oleh pemilik yang kaya. Akan tetapi seorang nelayan miskin telah berjawa membawanya di atas kapal dengan selamat. Ribut taufan laut telah meletupkan dan merosakkan semua bot lain, tetapi bot yang membawa gadis itu selamat.
Setibanya di Macau, gadis tersebut hilang tanpa dikesan dan dipercayai muncul semula sebagai dewi, di tempat di mana nelayan miskin tadi membina kuil beliau.



trip to macau


Banyak lagi tempat yang menarik ada di Macau. Kalau anda nak kunjungi Macau, anda boleh survey lokasi-lokasi ini. Pilih mana satu yang anda mungkin berminat untuk singgah ketika di Macau. Tempat menarik di Macau ini adalah tempat-tempat yang di syorkan oleh pihak Macau Government Tourist Office (MGTO)

  • St. Augustine’s Square
  • Dom Pedro V Theatre
  • Sir Robert Ho Tung Library
  • Leal Senado
  • Moorish Barracks
  • Lilau Square
  • Mandarin’s House
  • St. Lawrence’s Church
  • St. Joseph’s Seminary Church
  • Na Tcha Temple
  • The Old City Wall
  • Lou Kau Mansion
  • Holy House of Mercy
  • St. Dominic’s Church
  • Sam Kai Vui Kun Temple
  • Holy House of Mercy Cathedral
  • Mount Fortress
  • St. Anthony’s Church
  • Casa Garden
  • Old Protestant Cemetery 
  • Macau Government Tourist Office (MGTO)



    Aktiviti Di Macau


    Kalau anda jenis yang sukakan banyak aktiviti semasa melancong, anda boleh pilih pelbagai aktiviti menarik di Macau. Tumpuan utama semestinya di Macau Tower, di sana anda boleh pilih samada untuk hanya melihat bandar Macau di observation deck atau jalani pengalaman lebih ekstrem dengan sukan ‘Bungee Jump’ atau Macau Tower Climb. Pengalaman di Macau Tower mesti akan jadi kenangan terbaik untuk anda.

    Jika nak aktiviti yang agak ringan, mungkin anda dan kawan-kawan boleh melakukan aktiviti berbasikal di sekitar bandar Macau. Mudah sahaja untuk menyewa basikal di Macau dan boleh kayuh di laluan basikal di sekitar bandar atau taman-taman yang dibenarkan.


    Macau Government Tourist Office and Nuffnang


    Macau Government Tourist Office and Nuffnang



    Macau Government Tourist Office and Nuffnang


    Halal Food di Macau

    Untuk Muslim seperti MrJocko, jangan risau kalau ke Macau. Anda banyak juga lokasi menu makanan halal yang disediakan di restoran halal di Macau. Antara lokasi yang dikatakan menjadi tarikan ramai Muslim kalau ke Macau ialah Arabian Kebab di kawasana Senado Square. Alamat : No. 45-51, Shop M, Centro Comercial Teatro Capitol, Travessa Dos Anjos.



    dream trip to macau



    Di Niu Ji Restaurant Macau, pemilik restoran, Encik Lau adalah seorang Muslim Cina dan menegaskan bahawa restoran yang hanya menyajikan daging halal diterbangkan dari pembekal Halal dari Mongolia. Alamat : 130, Block E Lai Choi Kok Bulding, Taipa, Macau.


    dream trip to macau



    Restoran Three Monkeys berasal dari Singapura, menyajikan pelbagai menu citarasa Mexico, istimewa Itali, Amerika dan Asia. Semua makanan adalah halal dan terdapat juga pilihan makanan vegetarian. Alamat : Unit 2412A, Venice Hotel, Cotai Strip, Macau


    dream trip to macau


    dream trip to macau


    Ataupun, cuba jenguk di kedai serbaneka di 7Eleven atau kedai hypermarket. Mungkin anda akan jumpa Mee Wantan Halal seperti yang MrJocko kongsi di atas ini? Ada beberapa lagi menu halal seperti ini yang pernah rakan-rakan lain kongsi jika ke Macau. 

    Suhu Dan Iklim di Macau

    Untuk pengetahuan anda, suhu dan iklim di Macau adalah berada di tahap sederhana dalam setahun. Suhu purata kira-kira 20° C (68° F) dan adalah di antara 16° C (50° F) ke 25° C (77° F). Masa terbaik untuk pergi ke Macau adalah sekitar bulan Oktober hingga Disember. 

    Pelawat boleh membawa beberapa pakaian kasual dan mudah alih pada masa percutian ke Macau, tidak perlu membawa baju yang tebal. Jika dalam tempoh musim sejuk, pengunjung boleh membawa kot atau jaket yang sederhana. Lagipun suhu dan cuaca di Macau adalah stabil.

    Peraduan Dream Trip To Macau ini adalah anjuran bersama Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia.

    Mungkin jika anda juga bercita-cita untuk ke Macau, Dream trip To Macau, apa kata sertai cabaran dan peraduan mudah dari Macau Government Tourist Office (MGTO) dan Nuffnang Malaysia ini. Banyak lagi yang menarik di Macau, jadi singgah la di Fanpage Macau

    Selamat Bercuti ke Macau

    1 komen pada “Dream Trip To Macau”

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s