Cara Mudah Untuk Travel MURAH Dan PERCUMA

How to travel budget and cheap
Ramai rakan-rakan dan juga pembaca MrJocko ada bertanya, bagaimana cara untuk rancang percutian ke destinasi pilihan dengan kos yang minima tetapi selesa? Itu antara soalan yang selalu MrJocko terima selepas ramai kawan-kawan tahu tentang hobi MrJocko travel ke sana sini samada dalam dan luar negara.
Ada soalan yang lebih ekstrem bila ada kawan bertanya, bagaimana nak travel keluar negara dalam keadaan tiada wang yang banyak atau dalam istilah ‘tidak kaya’? Apa yang anda boleh buat apabila anda berada dalam keadaan itu? Apa yang anda rancang jika bajet anda sikit tetapi mahu bercuti keluar negara? Boleh ke?
Untuk entri kali ni, MrJocko nak kongsi bahawa “anda tidak perlu menjadi kaya untuk melancong”. Tidak perlu tunggu anda banyak duit baru nak melancong, kerana anda boleh melancong dengan kos yang minima ke lokasi yang anda mampu dengan kos yang paling sedikit dan di dalam kemampuan anda.
Cara Untuk Melancong Dengan Kos Yang Murah Dan Percuma
Ada banyak cara sebenarnya yang boleh anda pilih jika anda ingin melancong, tetapi tidak mahu keluarkan duit yang banyak. Antara yang boleh anda lakukan ialah :
1. Bekerja di Luar Negara – Mengapa anda tidak cuba mendapatkan pekerjaan di luar negara? Terdapat banyak peluang di dunia selagi anda tidak cerewet dan memilih. Sebagi contoh, anda boleh ke Australia atau New Zealand untuk bekerja selama beberapa bulan di ladang anggur. Sambil kerja, anda dapat duit yang agak mewah dan peluang melancong setiap minggu di sana.
2. Sambung Pengajian di Luar Negara – Ini yang paling popular kerana anda boleh menjimatkan kos hampir 100%. Anda mohon belajar diluar negara samada untuk Ijazah Lanjutan (Degree), Master atau PhD. Kalau anda bernasib baik, anda akan ditaja oleh pihak-pihak tertentu ketika belajar. Kos sara hidup anda selama beberapa tahun akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penaja anda.
3. Mengajar Bahasa Inggeris Luar Negara – Salah satu cara terbaik untuk dapatkan duit untuk perjalanan adalah untuk mengajar Bahasa Inggeris di luar negara. Anda boleh membuat banyak wang pengajaran. Apa yang anda perlukan hanya keupayaan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dengan lancar dan sebaiknya mempunyak ijazah TEFL. Banyak syarikat di Asia akan membayar untuk penerbangan anda dan usaha anda menjadi tenaga pengajar Bahasa Inggeris di beberapa buah negara seperti Thailand, Myanmar dan Laos.
4. Volunteer Program – Yang ini banyak ditawarkan di sekitar Asia. Contoh paling mudah yang pernah MrJocko saksikan sendiri ialah Travel Comel Rayyan Harries. Beliau sudah memasuki tahun kedua menyertai program Volunteer ini bermula di Malaysia, kemudian ke Filipina, Jepun, Indonesia dan kini khabarnya di Melbourne, Australia. bagaimana dia dapatkan cara untuk sertai Volunteer Program ini, mungkin anda boleh baca di blog beliau. Yang pasti, bukan senang nak join Volunteer Program ini, tetapi tidak mustahil jika anda mencuba untuk memohon projek sukarela ini.

travel cheap and free

Empat Cara Untuk Dapatkan Kos Travel Yang Murah
1. Dapatkan Pas Laluan
Untuk Pass Laluan, lebih elok untuk membuat tempahan lebih awal daripada biasanya kerana ia dapat menjimatkan kira-kira 50% daripada kos tiket bas atau kereta api. Ramai pengembara telah jimat beratus-ratus RM di Eropah, Australia, Jepun kerana kos Pas Laluan Khas untuk bas dan kereta api sangat menjimatkan.
2. Tidur di Bilik Dorm
Bilik dorm asrama asrama adalah penginapan yang paling murah yang ada di luar sana. Menggunakan dorm berbanding bilik hotel biasa jauh lebih jimat dan ia sebenarnya agak selesa untuk pengembara solo atau berkumpulan.
3. Gunakan Kad Pelajar dan Kad Diskaun Jika Ada
Adakah anda seorang pelajar atau guru? Setengah negara memberikan banyak faedah diskaun kepada pelajar dan guru sehingga diskaun 50%. Itulah yang dikongsikan oleh beberapa rakan pengembara dari Australia dan Eropah. Untuk lokasi negara mana kad pelajar dan kad guru ini boleh dipakai, mungkin anda boleh semak di internet.
4. Dapatkan Kad Pelancongan Bandar
Jika anda merancang untuk melihat banyak tempat-tempat menarik di sesetengah bandar, anda perlu mendapatkan kad pelancongan bandar yang menawarkan diskaun dan akses percuma ke tarikan pelancong dan muzium utama. Ramai pengembara mendapat faedah dengan menggunakan Pas Pelancongan Bandar seperti di London, Paris dan Helsinki. Banyak yang boleh anda jimat jika berjaya memilik kad ini.
Sebenarnya tidak mustahil untuk anda melancong di dalam dan luar negara dengan kos yang jauh lebih murah berbanding kos melancong biasa. Anda cuma perlu tahu cara dan bagaimana mendapatkan diskaun ketika berada di lokasi tujuan anda. Sebaiknya, dapatkan maklumat dulu sebelum anda merancang melancong ke mana-mana negara.
MrJocko sendiri banyak dapat diskaun dan Free Gifts dari pihak Biro Pelancongan Taiwan ketika melancong ke Taiwan baru-baru ini.

4 komen pada “Cara Mudah Untuk Travel MURAH Dan PERCUMA”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s