Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya
Karnival Upin Ipin sedang berlangsung di PICC Putrajaya dan akan berakhir pada malam ini jam 10.00 malam. Ramai peminat Upin Ipin dan juga peminat kartun keluaran Les Copaque Production Sdn Bhd beramai-ramai ke Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya ini untuk merasai sendiri kegembiraan anak-anak bersama idola kartun kegemaran mereka.
MrJocko sempat sertai majlis Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya ini pada hari Sabtu, semalam 22 November 2014 bertempat di Dewan Perdana PICC. Majlis ini disaksikan oleh puluhan ribu pengunjung yang datang ke Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya.

Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya
Majlis Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya kali ini disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tuan Haji Burhanuddin dan turut hadir ialah VVIP dan orang kuat MDEC dan juga TV3 Malaysia. Ia dirasmikan dalam satu majlis yang gilang gemilang dan penuh dengan kemeriahan kegembiraan anak-anak dan ibubapa yang menjadi peminat Upin dan Ipin.
Tahniah kepada Les Copaque Production Sdn Bhd dan warga kerja mereka kerana majlis ini berjaya menarik lebh 150,000 pengunjung dalam masa 2 hari dan ia katakan akan mencapai 300,000 bila sampai hari penutup, hari ini 23 November 2014.
Bagi yang belum sempat ke sana, boleh lagi ke sana dan banyak aktiviti menarik di Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya. Ada meet and greet Upin dan Ipin, Puteri, DaduDido dan banyak lagi.

Inilah Kegembiraan yang sebenar untuk kanak-kanak dan peminat kartun Les Copaque bila anda berada di Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

Perasmian Karnival Upin Ipin 2014 PICC Putrajaya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s