Cadbury Dairy Milk Coklat Pilihan Yang Sedap

Isu panas Cadbury Dairy Milk kini dah selesai selepas pihak Jakim sendiri telah beberapa kali membuat kenyataan rasmi bahawa produk Cadbury Diary Milk adalah halal dan bebas dari benda-benda yang haram. Kekeliruan tentang isu Cadbury ini timbul selepas dahulu ada berita mengatakan ia tercemar dengan DNA Babi.
Kini ia sudah dijelaskan oleh pihak JAKIM dan pihak berwajib tentang HALAL produk Cadbury Dairy Milk ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web JAKIM : Cadbury HALAL atau berita di bawah :
“Kenyataan Isu Halal Cadbury Dairy Milk oleh JAKIM

JAKIM ingin mengesahkan bahawa, Cadbury Malaysia adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal yang sah sejak tahun 2004 hingga kini. Jabatan Kimia Malaysia telah menguji produk tersebut dan Jakim telah menjalankan siasatan penuh sepertimana yang ditetapkan di dalam Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Ingin ditegaskan bahawa Pensijilan Halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan yang ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia. Pemegang sijil juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan oleh Jakim.
Para pengguna yang selama ini menggunakan produk yang mempunyai logo Halal Malaysia dinasihatkan tidak perlu bimbang kerana pemantauan terhadap pemegang Sijil Halal Malaysia dilakukan dari semasa ke semasa. Sekiranya terdapat sebarang perlanggaran atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat pensijilan, pihak Jakim akan menggantung atau menarik balik sijil pengesahan Halal.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan berkaitan isu-isu halal, semua pihak diminta untuk merujuk melalui Portal Halal Malaysia dihttp://www.halal.gov.my dan tidak merujuk kepada sumber yang tidak sahih. Sebarang pertanyaan berkenaan Pensijilan Halal Malaysia boleh diajukan ke Bahagian Hab Halal, JAKIM di talian 03–8892 5000.”

Cadbury Halal
Cadbury Halal
Antara pilihan coklat Cadbury Dairy Milk yang menjadi pilihan anak-anak MrJocko termasuk perisa Chocolate, Mixed Nut, Fruit and Nut, Black Forest, Hazel Nut, Cahew Nut dan Roast Almond. Setiap perisa Cadbury ini memang ada rasa unik masing-masing dan memang sedap.
Tetapi untuk MrJocko sendiri, paling suka perisa Cadbury Dairy Milk Mixed Nut🙂
Bagaimana dengan korang? Perisa Cadbury mana menjadi pilihan?

2 komen pada “Cadbury Dairy Milk Coklat Pilihan Yang Sedap”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s