Upin & Ipin DiLantik Duta “Japan Halal Expo 2014”



Upin & Ipin Dilantik Sebagai Duta “Japan Halal Expo 2014”
Satu lagi produk buatan Malaysia kini diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila watak animasi Upin & Ipin dari Les’ Copaque Production telah dilantik menjadi duta bagi acara “Japan Halal Expo 2014” yang pertama kali diadakan di Tokyo, Jepun. 
Paling menarik sebelum ini, Jepun tidak pernah mengadakan sebarang acara makanan halal memandangkan pasaran Halal di Jepun masih baru dan terhad. “Japan Halal Expo 2014” berlangsung di Makuhari Messe pada 26 hingga 27 November 2014. Hasil dari kerjasama bersama pihak penganjur Halal Media Japan dan Makuhari Messe, akhirnya acara ini direalisasikan dan memilih Upin & Ipin sebagai ikon bagi makanan halal. 
Untuk info, watak “Upin & Ipin” dari Les’ Copaque dipilih kerana watak animasi ini sangat sinonim dengan makanan halal dan masyarakat Islam di seluruh dunia.  Pemilihan ini juga terdorong dari kerjasama bersama syarikat Jepun Tsuburaya untuk animasi “Upin, Ipin dan Ultraman Ribut”.  
Untuk memasuki pasaran Jepun bukanlah sesuatu yang mudah. Kami harus mencipta pasaran baru melalui makanan halal dan restoran Upin & Ipin di Jepun.  Selepas kejayaan episod istimewa bersama Ultraman, kami merancang untuk mengadakan kerjasama jangka panjang bersama syarikat Tsuburaya.” ulas Tuan Haji Burhanuddin, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production.
Pada acara ini, Les’ Copaque Production turut membuka booth promosi untuk restoran Upin & Ipin yang baru dibuka di Ebisu, Tokyo. Restoran ini dikenali sebagai “Ippin Teppanyaki” yang menyajikan makanan halal Jepun serta Malaysia. Di Jepun, “Ipin” bermaksud sesuatu yang paling bagus. Oleh itu nama “Ippin” digunakan bagi menyesuaikan dengan masyarakat Jepun.

Selepas majlis “Japan Halal Expo 2014”,  Les’ Copaque Production bakal mengembangkan perniagaan di negara Jepun dari pelbagai aspek, jadi tunggu jenama Les’ Copaque yang akan datang. Tahniah buat Upin dan Ipin Sebagai Duta Japan Halal Expo 2014




Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin


Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin


Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin


Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin


Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin


Duta-Japan-Halal-Expo-2014-Upin-Ipin

6 komen pada “Upin & Ipin DiLantik Duta “Japan Halal Expo 2014””

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s