Kembara Media NRE Perak 2014 Hari Pertama

Hari pertama Kembara Media NRE Perak 2014, kami mulakan dengan destinasi pertama menuju ke Sungai Kerian. Di sini, satu pengalaman baru untuk MrJocko kerana berpeluang melihat projek tambatan banjir yang kini giat diadakan oleh pihak Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS).
Lebih unik kerana lokasi yang dijalankan ini adalah satu sungai dan terusan tali air yang menjadi sempadan antara 3 negeri iaitu Perak, Pulau Pinang dan Kedah.
Projek Tambatan Banjir ini akan memberikan sistem pengaliran yang lebih baik dan untuk mengurangkan risiko banjir kepada masyarakat tempatan dan bakal memberi manafaat kepada penduduk Parit Buntar sehingga ke Selama, Perak.
 

 

Lokasi kedua, kami dibawa ke Bukit Merah Lake Town Resort untuk meninjau tasik tadahan dan takungan air yang menjadi nadi utama masyarakat sekitar Bukit Merah. Pengalaman melihat kerja-kerja pembuangan tanah gambut dan pokok-pokok kayu untuk tujuan pembersihan tasik Bukit Merah adalah sesuatu yang baru.

Kerja-kerja Projek Tambatan Banjir dan pemulihan yang dijalankan ini membuktikan bahawa Kementerian Alam Sekitar serta Jabatan Pengairan dan Saliran bertungkus lumus secara serius dalam memberikan khidmat terbaik untuk kemudahan penduduk di Perak, Pulau Pinang dan Kedah.

Harap dapat sekali lagi datang ke kawasan empangan dan tadahan air di Perak ini untuk cuti-cuti Malaysia yang akan datang bersama keluarga. Di sini pun, ada banyak yang menarik untuk kita terokai.

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s