Dolphin Watching Kuala Sepetang : Misi Jejak Dolphin Kuala Sepetang

Tarikan yang kini menjadi bualan masyarakat di Kuala Sepetang ialah Dolphin Watching Kuala Sepetang. Di sekitar kuala Sungai Sepetang dan muka kuala kini mempunyai beberapa ikan Lumba-lumba (Dolphin) dari dua jenis spesis yang berbeza.
 
Dua jenis spesis Dolphin ini dikatakan selalu dilihat berenang di muka Kuala Sepetang dan kadang-kadang masuk sehingga ke sungai ketika musim air pasang.
 
MrJocko dan rakan-rakan media sempat berpeluang menaiki bot untuk turut sama dalam misi menjejak Dolphin Kuala Sepetang. Sebaiknya masa untuk turun melihat dan mencari dolphin di Kuala Sepetang sekitar jam 10.00 pagi sehingga waktu tengahari kerana dikatakan dolphin ini tengah aktif.
 
 
Dolphin Watching Kuala Sepetang
Dolphin Watching Kuala Sepetang
Dolphin Watching Kuala Sepetang
Dolphin Watching Kuala Sepetang
Dolphin Watching Kuala Sepetang
Dolphin Watching Kuala Sepetang

 

 

Namun, kelibat dolphin di Kuala Sepetang pada hari tersebut tidak kelihatan. Misi menjejak dolphin di Kuala Sepetang selama dua (2) jam menemui jalan hampa kerana tidak terserempak dengan mereka.

 

Kata Pak Abu, Pegawai Hutan yang mengiringi kami, ikan lumba-lumba (dolphin) ini biasanya berenang secara berkumpulan atau sekurang-kurangnya dua ekor. Biasanya boleh dilihat di kawasan muka Kuala Sepetang kerana mereka gemar untuk mencari makanan di sekitarnya.

 

Nampaknya misi kami untuk Dolphin Watching Kuala Sepetang tidak kesampaian. Harap di kemudian hari jika ke sini lagi, kami akan berpeluang melihat sekumpulan dolphin yang kini menjadi tarikan di Kuala Sepetang, Perak.

 

 

 

4 komen pada “Dolphin Watching Kuala Sepetang : Misi Jejak Dolphin Kuala Sepetang”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s