Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak


Sekiranya anda antara pelancong yang sukakan aktiviti menginap di atas chalet terapung, ini peluang anda untuk mencuba pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang, Perak. Chalet Terapung ini berada di muka muara Kuala Sepetang dan kedudukannya sangat sesuai untuk aktiviti penginapan di atas laut, memancing dan juga aktiviti BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan.

Untuk pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang ini, MrJocko diberitahu oleh wakil yang terlibat, satu chalet lengkap ini termasuk 4 Chalet lengkap 2 tingkat yang boleh memuatkan seramai maksima 44 orang, Tandas, Ruang BBQ, Ruang Santai, Pelantar Memancing dan juga set Audio dan Video. Pakej yang ditawarkan ialah cuma RM1,200 sahaja untuk Chalet Terapung ini untuk maksima 44 orang.

Tetapi, jika anda berminat dengan pakej penuh iaitu sewa Chalet dan juga aktiviti sampingan, harga yang ditawarkan agak berbeza iaitu :

Weekdays: RM200 per head or minimum RM2000

Weekend:  RM220 per head or minimum RM2200

Maximum 44 paxs


Pakej meliputi

Lawatan ke Pusat Eko Pelajaran Kuala Sepetang

Lawatan ke Kilang Arang Kayu

Lawatan Perkampungan Nelayan melalui jalan air

Penginapan di Chalet Terapung

4 Set memancing dan umpan

Pengangkutan bot pergi dan balik

4 kali makan: Mee Udang, Makan Malam, Minum Supper dan Sarapan

Kelong Kuala Sepetang


Chalet Terapung Kuala Sepetang ini memang sesuai jika anda mahukan privasi dan bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan di Kuala Sepetang kerana kedudukan chalet terapung yang sangat menarik di samping anda boleh melakukan aktiviti BBQ, santai dan juga memancing bersama keluarga.

Jika berminat, anda boleh hubungi pihak Pusat EkoPelajaran Hutan Paya Laut Matang, Kuala Sepetang atau Pakej Floating Chalet Kuala Sepetang untuk mendapatkan maklumat lanjut. Untuk trip dan pengalaman baru bercuti di Malaysia, Kuala Sepetang memang memberikan pengalaman baru dan terbaik untuk anda sekeluarga.

3 komen pada “Pakej Chalet Terapung Kuala Sepetang Perak”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s