Steamboat Sedap Di Dataran Johor Bahru : Dataran Steamboat Luton Van

Steamboat Dataran Johor Bahru atau Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya adalah salah satu lokasi tempat makan yang menarik di Johor terkenal sejak dulu lagi. Peminat makanan steamboat sekitar Johor Bahru akan ke Dataran Johor Bahru untuk menikmati pelbagai pilihan steamboat yang dijual di sini.
Steamboat Dataran Johor Bahru bermula seawal jam 5.00 petang dan selalunya berakhir pada jam 1.00 pagi. Di sini ada lebih dari 20 gerai makanan steamboat dan juga menu lain seperti Char Kuey Teaw, Nasi Goreng, Satay, Tauhu Bakar, Bakso, Otak-otak dan banyak lagi pilihan menu terkenal Di Johor Bahru.
Ruang meja makan yang santai dengan konsep gerai makan terbuka memang menarik dan agak selesai buat sesiapa sahaja. Pengunjung boleh duduk di mana-mana meja dan order minuman dan steamboat pilihan mereka.
Di sebelahnya terdapat Dataran Johor Bahru yang terkenal dengan tempat santai orang-orang Johor Bahru sambil melihat anak-anak bermain di padang berhampiran. Nak kenal mudah sahaja, kerana ia adalah Padang yang mempunyai Menara Jam yang Besar dan jelas dapat di lihat kalau dari Medan Steamboat Luton Van JB ini.
Salah satu keistimewaan steamboat Dataran Johor Bahru ialah kerana menu steamboat yang banyak, lokasi yang menarik di tepi Dataran Johor Bahru dan juga kawasan yang agak luas dan berhadapan dengan hotel Thistle Johor Bahru.
Jadi, kalau anda datang ke Johor Bahru, wajib singgah ke Steamboat Dataran Johor Bahru (JB) atau Medan Steamboat Luton Van Dataran Bandaraya untuk makan malam dan menikmati suasana sekitar Dataran JB sambil menikmati menu lain pilihan anda di sini.

2 komen pada “Steamboat Sedap Di Dataran Johor Bahru : Dataran Steamboat Luton Van”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s