Cubaan Curi Duit Secara Online Menggunakan Kad ATM

Ada Cubaan Curi Duit Dari Akaun Bank Secara Online
Bangun pagi tadi tengok ada mesej SMS dari pihak notification bank MrJocko. Terkejut sebab ada 4 cubaan curi duit dari akaun bank MrJocko secara Online. Semua cubaan ini ialah melalui satu akaun bank MrJocko dan semua cubaan membeli barangan atau apps secara ONLINE dengan menggunakan Kad ATM MrJocko.
Memang sesuatu yang menakutkan kerana tak tahu macam mana informasi tentang no akaun MrJocko dapat dicuri oleh mereka dan ia adalah cubaan menggunakan Kad ATM MrJocko pertama kali sejak MrJocko guna pembelian online selama ini.
Nasib baik, pengesahan KOD MSOS yang dihantar ke no telefon Pemegang Akaun dapat menyelamatkan duit MrJocko dari di curi. Alhamdulillah.

Kalau dilihat dari Nilai dan barang yang nak dibeli, ia mungkin bukan dari Malaysia dan MrJocko sendiri tak pasti pembelian dari mana. Nampaknya, MrJocko terpaksa bergegas ke Bank untuk membuat pembatalan dan penukaran Kad ATM untuk keselamatan dan perlindungan dari kehilangan duit dalam akaun Bank.
Untuk rakan-rakan semua, berhati-hati ketika membuat pembelian secara Online. Pastikan laman web Online tersebut punyai ciri-ciri keselamatan yang betul dan pastikan talian pembelian anda adalah selamat.
Pastikan juga jangan sesekali mendedahkan no akaun Kad ATM anda, No ATM anda dan juga PIN Keselamatan di belakang Kad Anda. Beringat dulu sebelum kena, kerana sekali mereka dapat gunakan kad anda, ia akan ambil kesemua baki yang ada untuk kegunaan mereka.
Jangan jadi mangsa penyamun yang mencuri duit Akaun Bank atau Kad ATM secara online.

2 komen pada “Cubaan Curi Duit Secara Online Menggunakan Kad ATM”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s