Pisang Goreng Cheese Sedap Dan Murah Di Kuala Lumpur

Pisang Goreng Cheese memang semakin popular di Kuala Lumpur dan ramai yang mengakui bahawa pisang goreng yang ditambah dengan cheese ini memang sedap. Ramai yang kini mencari mana lokasi pisang goreng cheese yang sedap di Kuala Lumpur.
Pertama kali MrJocko cuba Pisang Goreng Cheese ini di gerai depan Kuarters Hospital Kuala Lumpur di Lorong Raja Muda Abdul Aziz, satu lorong yang bersebelahan dengan Hospital Kuala Lumpur.
Pisang Goreng Cheese di sini memang sedap dan murah di Kuala Lumpur. Kenapa MrJocko kata sedap, sebab walaupun Di tambah cheese dan coklat, pisang goreng ni masih rangup.
Pisang Goreng cheese ni juga berbaloi korang beli sebab dalam satu set, ada 10 keeping dan penuh dengan cheese yang memang sedap. Murah sebab cuma RM5 untuk satu set Pisang Goreng Cheese biasa. Manakala satu set Pisang Goreng Cheese Coklat cuma RM6 sahaja.
Sebelum ni pernah MrJocko dengan ada yang jual satu keping Pisang Goreng Cheese ini dengan harga RM1, mahal kan?
Pisang Goreng Cheese
Pisang_Goreng_Cheese
Pisang_Goreng_Cheese

Jadi, kalau nak cuba makan Pisang Goreng Cheese sedap dan murah di Kuala Lumpur boleh cari di lokasi depan Kuarters Hospital Kuala Lumpur. Ada beberapa kedai menjual Pisang Goreng Cheese kat sini dan anda boleh pilih mana satu yang korang mahu.
Nanti cuba rasa Pisang Goreng Cheese kat sini dan bandingkan dengan pisang goreng cheese tempat lain yer…
Selamat mencuba pisang goreng cheese.

5 komen pada “Pisang Goreng Cheese Sedap Dan Murah Di Kuala Lumpur”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s