Drama Tebusan Di Sebuah Cafe Sydney : Pening La

Tengahari tadi MrJocko terbaca berita terkini tentang insiden Tebusan Di Sebuah Cafe Sydney Australia’. Drama penahanan ramai tebusan di dalam sebuah cafe di Sydney itu menjadi topik hangat satu dunia dan di siarkan Secara Langsung oleh CNN. Ia semakin menjadi serius bila yang terlibat, pengganas yang dikatakan menahan tebusan adalah seorang Muslim.
Adoi,,, pening la kalau jadi macam ni??? Makin susah la nampaknya nak masuk Australia.
Berita Terkini : Sekitar jam 12.30 pagi, 16 Disember 2014, hari ini, baru pihak Australia membuat kenyataan yang mereka berjaya menyelesaikan krisis tebusan tersebut.
“Pasukan khas tentera dan polis Australia menyerbu kafe di mana seorang yang di percayai Muslim, telah menahan ramai tebusan awal hari ini. Pihak berkuasa Australia berjaya membunuh lelaki bersenjata tersebut dan ia mengakhiri krisis tebusan di Cafe di Sydney tersebut selama berjam-jam.

Sumber keselamatan negara di Amerika Syarikat berkata pasukan tentera-polis digabungkan memasuki Lindt Chocolate Cafe dari dua arah awal pagi Selasa dan membunuh lelaki ini, yang dikenal pasti sebagai Man Haron Monis.

Polis tidak memaklumkan tentang tebusan yang cedera dalam serbuan itu, tetapi video yang diperolehi menunjukkan ada yang tebusan tercedera. Namun, ia masih menunggu maklumat rasmi

Polis enggan mengulas kepada CNN tetapi serbuan tersebut mengakhiri kebuntuan 16 jam krisis tebusan di cafe Sydney tersebut.”

Krisis seperti ini lah yang membuatkan MrJocko rasa tak selesa kalau nak berkunjung ke Australia. Mungkin ramai yang pernah ke Australia dan berpengalaman bahawa pintu masuk di setiap lapangan terbang di Australia agak ketat dan banyak prosedur. 
Sewaktu MrJocko ke sana pada tahun 2010, kami terpaksa tinggalkan Mee Maggi Cup dan beberapa makanan lain yang tidak dibenarkan masuk ke negara tersebut, sedangkan kalau bawa ke negara lain seperti Jepun, Korea, Taiwan, China, Thailand, Indonesia, tidak mendatangkan masalah. Tetapi, tidak di Australia kerana undang-undang mereka yang ketat.
Dengan krisis tebusan di sebuah cafe di Sydney ini, sudah pasti kawalan dan prosedur di lapangan terbang di setiap pelusuk Australia akan lebih ketat.
MrJocko dijadualkan akan ke Melbourne pada bulan Januari mengikut FAM Trip Melbourne selama 7 Hari 6 Malam. Nampaknya dengan krisis ini, MrJocko terpaksa berhati-hati dan akan cuba mematuhi peraturan dan undang-undang di Australia untuk memudahkan urusan Imigresen dan juga kemasukkan ke negara tersebut.
Semoga kejadian seperti ini, tebusan di Sydney tidak akan terjadi lagi. Sydney dan Melbourne bersebelahan, semoga kejadian seperti ini tidak akan berlaku di Melbourne atau ketika MrJocko berada di sana, Aminnnn.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s