Majalah HaiMeow Majalah Kucing No. 1 Malaysia

Hari ni, MrJocko berkesempatan untuk singgah di pejabat penerbitan yang kini semakin terkenal dengan majalah baru mereka, Majalah HaiMeow, Majalah Kucing no.1 Malaysia. Peluang juga berborak dan berkongsi idea dengan orang kuat Majalah HaiMeow ini yang baru sahaja memulakan edisi pertama mereka.
HaiMeow merupakan sebuah majalah kucing berbahasa Melayu yang terulung di Malaysia untuk semua lapisan masyarakat terutamanya untuk peminat haiwan peliharaan kucing. Majalah ini memang padat dengan niche Kucing sebagai binatang peliharaan.
Majalah HaiMeow ini lebih menumpukan kepada interaksi antara manusia dan kucing dalam pendekatan yang lebih moden dan terkini. Ia memang satu majalah baru yang berbeza dari majalah-majalah lain
HaiMeow turut membawa pembaca mengenali lebih dekat tentang kehidupan selebriti pilihan bersama dengan kucing kesayangan mereka.

Majalah Kucing HaiMeow
Majalah Kucing HaiMeow

Untuk Edisi Pertama majalah HaiMeow, Sham Kamikaze diberikan penghormatan untuk menjadi Cover Depan pertama majalah ini digandingkan dengan seekor kucing baka British Short Hair yang menjadi idaman ramai peminat kucing. Edisi Pertama ini sudah mula bertemu pembaca pada awal Disember 2014.
Jadi jika anda peminat kucing dan ingin mendapatkan cerita menarik kucing, tips memelihara kucing, aksesori kucing serta cover story berkaitan haiwan peliharaan ini, anda boleh dapatkan naskah Majalah HaiMeow ini di kedai buku berhampiran anda dengan hanya RM8.90 sahaja. Majalah ini akan menemui pembaca setiap bulan.
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko

3 komen pada “Majalah HaiMeow Majalah Kucing No. 1 Malaysia”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s