National Wildlife Rescue Centre (NWRC) Sungkai : Pusat Menyelamat Hidupan Liar

Ketika menyertai Media FAM Trip ke Taiping bulan lepas, MrJocko sempat dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan  atau National Wildlife Rescue Centre (NWRC) di Sungkai Perak. Pusat ini sebenarnya berfungsi sebagai pusat menyelamat hidupan liar negara mengikut perundangan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 [Akta 716] yang tertakluk kepada konsep 3R (Rescue, Rehabilitation & Release) hidupan liar. 

NWRC Sungkai dibina dengan sistematik di dalam Rezab Hidupan Liar di Sungkai Perak, dan ia dibangunkan pada bulan Ogos 2013, berkeluasan sekitar 24 ekar. Operasi NWRC ini bermula dengan dengan pemindahan Harimau Malaya dari Zoo Melaka.

Ada sesuatu yang unik dan menarik di NWRC Sungkai ini. Mungkin anda pernah dengan berita tentang seekor harimau yang menyerang mangsa penoreh getah di Jeli, Kelantan beberapa tahun yang lepas? Ketika itu, mangsa, seorang perempuan pertengahan umur terselamat selepas bergelut dan berjaya menorek muka harimau tersebut. Itu lah Harimau Malaya yang di berinama Scarface.

‘Scarface’ ini telah ditangkap selepas diburu dan dibawa ke NWRC. Scarface kini berusia 16 tahun dan mempunyai rekod menyerang dan makan lebih dari 5 orang ketika hayatnya di hutan Jeli, Kelantan. Rekod Scarface telah menyerang dan menyebabkan 5 kematian dan seorang sahaja mangsanya terselamat.






Menurut pegawai Jabatan Perhilitan, En. Azhar, Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) ini akan dibini dalam 3 Fasa. Fasa 1 telah siap sepenuhnya dan ia mempunyai 5 blok kurungan Harimau Malaya. Pembinaan Fasa ke-2 akan didirikan Kuarters Kakitangan, pejabat dan klinik. Fasa ke-3, fasa seterusnya adalah pembinaan bekalan air terawat, pembinaan kurungan tambahan (bagi spesis beruang, harimau kumbang, primat dan burung).

Antara Hidupan Liar yang sedang direhabilitasi termasuk 15 ekor Harimau Malaya (5 jantan, 10 betina), 2 ekor Harimau Dahan dan 2 ekor Beruang Matahari. Walaupun begitu, terdapat juga hidupan liar yang telah diselamatkan dan dilepaskan semula, diantaranya Tapir sebanyak 6 ekor, Beruang sebanyak 4 ekor, Harimau Kumbang 1 ekor dan Ungka sebanyak 6 ekor.

Untuk pelan perancangan NWRC pada masa hadapan, mereka akan cuba menyediakan kemudahan khusus bagi banyak lagi spesis hidupan liar seperti beruang, harimau kumbang, primat dan burung yang diselamatkan. Satu konsep yang pertama kali MrJocko dengar ialah cara NWRC untuk rewild (kembalikan sifat liar) Harimau Malaya sebelum dilepaskan ke habitat asal serta meningkatkan kemahiran kakitangan jabatan di dalam bidang menyelamat hidupan liar.

Untuk sementara waktu, NWRC Sungkai ini belum dibuka kepada umum untuk sebarang lawatan. Ia masih lagi menjalankan operasi mereka secara tertuutp dan fokus kepada usaha menyelamatkan haiwan liar ini daripada sakit atau pupus dan kembalikan haiwan-haiwan ini ke habitat asal mereka di dalam hutan apabila mereka memenuhi syarat tertentu.

Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) Sungkai ini mempunyai tenaga kerja yang cukup termasuk penjaga, doktor dan unit sokongan untuk memberikan khidmat terbaik kepadal haiwan-haiwan di dalam pusat NWRC Sungkai ini.



Pandangan MrJocko tentang NWRC Sungkai :
1. NWRC adalah satu pusat perlindungan hidupan liar yang tak ramai orang Malaysia ketahui, malah ada rakan yang tinggal berhampiran Sungkai tidak mengetahui tentang kewujudan pusat perlindungan ini.
2. Pusat ini menyediakan tempat perlindungan terbaik pernah MrJocko lawati di Malaysia dengan kemudahan sangkar yang selesa, cantik, bersih dan teratur.
3. Haiwan yang paling banyak dilindungi dan diselamatkan di NWRC Sungkai ialah Harimau. Ia satu inisiatif menyelamat Harimau Malaya yang menjadi ikon negara kita Malaysia, SYABAS NWRC.
4. Pusat NWRC ini akan dibesarkan dalam beberapa tahun lagi mengikut perancangan Fasa 1, Fasa 2 dan Fasa 3, satu inisiatif yang terbaik dari pihak Kerajaan.
5. Untuk sementara ini, NWRC menjalankan operasi secara tertutup dan TIDAK DI BUKA untuk lawatan umum. Di harapkan satu hari nanti ia akan dibuka untuk lawatan umum.

2 komen pada “National Wildlife Rescue Centre (NWRC) Sungkai : Pusat Menyelamat Hidupan Liar”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s