Food Art : Perfecto Snacks Bar Kami Menang

Food Art, kini semakin dapat tempat dikalangan orang kita, Malaysia. Kalau dulu, presentation makanan ni orang tak kisah sangat, janji makanan tu sedap dah boleh jual. Tapi kini, ramai chef atau restoran kini ambil inisiatif untuk cantikkan menu mereka untuk dapatkan tarikan yang lebih untuk menu makanan mereka. 
Semasa event Perfecto Snacks Bar minggu lepas bertempat di Fickles TTDI, kami juga dicabar untuk mencipta food art dengan menggunakan kepingan snack Perfecto. Mula-mula memang nampak sangat susah, nak buat camana bila guna bahan utamanya ialah kepingan Perfecto Snacks Bar?
Nasib baik, dalam team MrJocko ada ramai yang kreatif seperti Maha Mahu (Foodie Blogger), Illy Ariffin (Beauty Blogger) serta Kifly Mali (Pan Asian Team) yang berjaya kumpul idea untuk cipta masterpiece ini. Kami susun kepingan Perfecto Snacks Bar menjadi batang pokok yang berkonsepkan Tropika.

Ternyata, ciptaan Food Art menggunakan kepingan Perfecto Snacks bar ini menang hadiah untuk Food Art terbaik ketika event tersebut, Yeay!!! Sudah pasti kami semua sangat puas hati dengan kejayaan ini kerana bukan senang nak garap idea dan cipta food art menggunakan bahan yang terhad.
Terbaik la kerjasama dari Maha Mahu, Illy Ariffin, Kifly Mali dan juga member Kifly (sorry la, lupa nama). Dengan kemenangan ini, Alhamdulillah, berjaya dapat hadiah yang menarik hasil usaha bersama ini. 
Kalau anda ada projek Food Art, jangan lupa ajak MrJocko yer🙂

5 komen pada “Food Art : Perfecto Snacks Bar Kami Menang”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s