Gambar Banjir Di Kelantan Disember 2014

Banjir di Pantai Timur Malaysia semakin buruk mengikut berita setakat jam 7.00 malam, 18 Disember 2014. Khabarnya negeri Kelantan antara yang paling teruk selepas lebih dari 7,000 mangsa banjir dipindahkan ke kawasan pemindahan sementara yang selamat. Banjir di Kelantan tahun ini dikatakan antara banjir terbesar dan terburuk sejak 30 tahun yang lalu.
Kalau dulu, kami orang Kelantan mengukur samada banjir besar atau tidak bila melihat betapa tingginya ukuran air di Tambatan Di Raja, Kota Bharu. Tambatan Di Raja ialah tambatan yang terletak ditebing Sungai Kelantan dan menjadi tumpuan ramai.
Tambatan Di Raja
Nampaknya, jika anda sebelum ini merancang untuk bercuti ke Kelantan atau negeri Pantai Timur yang lain seperti Terengganu dan Pahang, anda mungkin boleh rancang balik atau batalkan dulu buat sementara kerana buat masa sekarang, dah banyak jalan utama di Kelantan khususnya telah ditutup akibat banjir besar tahun ini, 2014.
Lihat sahaja gambar gambar banjir di sekitar Kelantan yang dikongsikan oleh kawan-kawan di Facebook. Banyak kereta terpaksa ditinggalkan dan ditenggelami oleh air banjir kerana tidak sempat diselamatkan.
Ramai kawan-kawan MrJocko kata, mereka tidak jangka yang air akan naik cepat dan lebih tinggi dari biasa. Ada kawasan yang sebelum ini jarang dinaiki air banjir, tiba-tiba terkesan dengan air bah yang naik sehingga memasuki rumah.
Gambar Banjir Di Kelantan
Gambar Banjir Di Kelantan

Gambar Banjir di Kelantan

Gambar Banjir di Kelantan
Gambar Banjir di Kelantan
Gambar Banjir di Kelantan

Gambar Banjir di Kelantan
Gambar Banjir di Kelantan

Gambar Banjir di Kelantan
Banyak kawasan seperti Rantau Panjang, Pasir Mas dan Pasir Puteh dinaiki banjir dan sudah merosakkan banyak harta benda. Nampaknya banjir di Kelantan tahun 2014 menjadi banjir terbesar dan terburuk dalam tempoh beberapa tahun ini.
Tadi ada call Mak kat kampung, nasib baik kawasan rumah kami masih selamat dan tidak dilanda banjir. Pun begitu kawasan sekitar sudah dinaiki air banjir sehingga paras lutut.
Jika anda berada di Pantai Timur dan berada di kawasan banjir, harap anda semua berhati-hati. Sentiasa bersedia dan berjaga-jaga apabila hujan lebat melanda.
Pengalaman MrJocko, banjir terbesar pernah alami ialah pada tahun 1984. Kini nampaknya banjir besar kembali ke Kelantan dengan membawa air banjir yang lebih lebat, lebih tinggi dan lebih buruk dari sebelum ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s