Oh My English : Villa Isabellaaa! Telemovie Seram

Oh My English : Villa Isabellaaa! sebuah kisah telemovie seram terbaru untuk peminat-peminat rancangan Oh My English, sebuah rancangan edutainment terhebat di Astro. Telemovie ketiga ini adalah hasil berterusan pihak Astro selepas kejayaan Oh My Ganu dan Oh My English : Hello America. Cuma kali ini, ada sedikit kelainan apabila Oh My English : Villa Isabellaaa! digarapkan dengan unsur seram…
MrJocko berpeluang menyaksikan PraTonton dan Sidang Media Oh My English : Villa Isabellaaa! bertempat di GSC Signature The Garden. Majlis PraTonton ini dihadiri oleh hampir kesemua pelakon-pelakon utama Telemovie ini termasuk watak Jibam, Mazlee, Zack, Jojie, Cikgu Bedah, Aiman, dan juga watak istimewa Puan Tiana (Emelda) serta pelakon tambahan Atu Zero.

Oh My English : Villa Isabellaaa!
Telemovie ketiga Oh My English : Villa Isabellaaa! ini mengekalkan pengarah Telemovie Oh My English : Hello America iaitu saudara Shamyl Othman. Masih mengekalkan ramai watak utama seperti Cikgu Henry, Jibam, Mazlee, Zack, Jojie, Cikgu Bedah, Sarjan dan juga Aiman (adik Cikgu Ayu).
Cerita kali ini agak menarik bila sekumpulan anak murid 4 Merah dan juga Cikgu Henry, Cikgu Bedah serta Sarjan yang sebenarnya dalam perjalanan menuju ke Singapura untuk melawat See Yew Soon tetapi terkandas di tengah jalan sehingga mereka tersesat dan terpaksa bermalam di sebuah rumah usang Villa Isabella.
Apa yang berlaku ketika mereka berada di Villa Isabella? Siapa Puan Tiana? Siapa pula yang takutkan katak dan hantu??? Semua ini akan terjawab bila anda menonton Oh My English : Villa Isabellaaa! nanti. 
Walaupun Oh My English : Villa Isabellaaa! hanya sebuah telemovie yang pendek dan ringan tetapi tahniah buat pengarah, krew dan juga pelakon Oh My English : Villa Isabellaaa! Hasil dari telemovie ini memang terbaik untuk tontonan anak-anak dan memang bersesuaian, tambah-tambah untuk hiburan anak-anak di musim cuti sekolah seperti ini.

pelakon_Oh My English : Villa Isabellaaa!


Oh My English : Villa Isabellaaa! akan menemui penonton dan peminat rancangan ‘edutainment’ terhebat Astro ini pada 27 Disember 2014 di saluran Astro TVIQ dan Astro MAYA HD pada jam 9.00 malam.
Untuk ibubapa dan penjaga, walaupun telemovie ini ada unsur seram, tetapi jangan risau, ia adalah unsur seram ringan dan sangat sesuai untuk anak-anak di samping ada banyak pengajaran dan pelajaran yang dikongsikan bersesuaian dengan konsep asal Oh My English sebelum ini.

2 komen pada “Oh My English : Villa Isabellaaa! Telemovie Seram”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s