Senarai Hotel Bajet Murah Homestay Guest House Di Seoul

Percutian ke Seoul, Korea Selatan semakin menjadi pilihan percutian rakyat Malaysia dan ia semakin bertambah dari tahun ke tahun. Selain pakej percutian biasa, pakej percutian bajet hotel murah dan homestay murah di Seoul juga semakin popular di kalangan pelancong.
Dua kali MrJocko ke Seoul, Korea Selatan, masih tidak berpeluang untuk merasai pengalaman menginap di hotel bajet murah atau homestay guest house murah yang terdapat di Seoul. Khabarnya, pakej penginapan di hotel bajet di Seoul atau Homestay di Seoul memberikan satu pengalaman yang lebih menarik, murah serta jauh lebih jimat jika melancong ke Seoul, Korea Selatan.
Homestay atau Guest House di Seoul adalah pilihan penginapan murah yang membolehkan para tetamu untuk berjimat dalam kos penginapan mereka ketika melancong. Di Seoul kini, ada banyak rumah tumpangan yang diubahsuai menjadi homestay atau guest house (biasanya dengan dapur berkongsi dan bilik mandi berkongsi) yang murah dan sesuai dengan bajet terhad pelancong. Hotel murah, homestay atau bajet guest house ini wujud di kawasan pusat bandar berdekatan dengan destinasi pelancongan.
Kadar sewa untuk hotel bajet homestay atau guest house untuk satu malam di Seoul biasanya sekitar KRW20,000 – KRW30,000 (RM60 – RM95) bagi setiap orang. Sebagai rumah tumpangan umumnya dilihat sebagai pilihan bajet, tetapi ia satu penginapan yang jauh lebih selesa. Namun, perlu diingatkan, servis perkhidmatan dan kemudahan yang ditawarkan di homestay atau guest house ini mungkin berbeza-beza dari satu tempat ke tempat yang lain.
Di sini MrJocko senaraikan beberapa nama dan lokasi hotel bajet murah, homestay atau guest house bajet murah yang terkenal dan terdapat di Seoul, Korea Selatan.
Guest House Seoul i Guesthouse (Seoul i Guesthouse) Mapo-gu Seoul
Guest House IN Guesthouse (인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul
Guest House Bridge Backpackers (브릿지 백팩커스) Mapo-gu Seoul
Guest House Momojumma House (모모줌마하우스) Eunpyeong-gu Seoul
Guest House Wonnie’s guesthouse (워니즈 디자인 게스트하우스) Mapo-gu Seoul
Guest House MAMA Guesthouse (마마하우스) Jung-gu Seoul
Guest House 24 Guesthouse Hongdae (24 Guesthouse 홍대) Mapo-gu Seoul
Guest House RO&JO HOUSE (RO&JO HOUSE) Mapo-gu Seoul
Guest House 24guesthouse (24 게스트하우스) Seodaemun-gu Seoul
Guest House Bona guesthouse (Bona guesthouse) Yeongdeungpo-gu Seoul
Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea
Hotel bajet murah homestay dan guest house di Seoul
Senarai Hotel Bajet Murah Homestay (Guest House) Di Seoul Korea
Sudah pasti apa yang ditawarkan di hotel bajet murah, homestay atau guest house bajet murah di Korea ini tidak la sehebat hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang, tetapi secara keseluruhan dari segi tempat tidur, bilik dan kemudahan asasnya adalah berbaloi untuk anda bayar dengan harga RM60 – RM95 bagi setiap orang.
Jika anda mencari pakej melancong murah ke Seoul dan tiada masalah dengan menginap di hotel bajet, homestay atau guest house bajet murah di sana, anda mungkin boleh rancang dan dapatkan senarai hotel bajet, homestay dan guest house murah tersebut di senarai yang telah MrJocko kongsikan di sini. InsyaAllah, penginapan bajet murah di Seoul ini akan memuaskan hati anda dan anda dapat melancong dengan bajet yang murah di Seoul atau seluruh Korea Selatan.

2 komen pada “Senarai Hotel Bajet Murah Homestay Guest House Di Seoul”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s