Saya Boikot Hamleys Malaysia : Jika Rosyam Nor Benar

Mungkin ramai yang sudah dengar luahan Pelakon Terkenal Malaysia, hero terbaik Malaya, Datuk Rosyam Nor yang menyatakan bahawa terkilan dengan sikap pengurusan Hamley’s Malaysia kerana member ikan syarat supaya anak beliau membuka tudung sekiranya berminat untuk kerja di Hamley’s.
Secara peribadi jika kenyataan dan kejadian ini adalah benar, ia satu perbuatan dan syarat tidak masuk akal tambah-tambah lagi Hamley’s berada di Malaysia, negara Islam.
Jika Hamley’s Malaysia One Utama merasakan bahawa jenama mereka hebat, sangat berjenama, eksklusif, isu seperti ini tak perlu timbul. Apa sebenarnya masalah besar jika seseorang pekerja itu memakai hijab atau tudung? Adakah sebab hijab atau tudung seseorang itu akan jadi pekerja yang tidak berkualiti?

isu hijab tudung hamleys rosyam nor 01

isu hijab tudung hamleys rosyam nor 01

Sekiranya isu pemakaian hijab atau tudung di outlet Hamley’s Malaysia One Utama outlet ini menjadi masalah, maka patutnya mereka juga tidak membenarkan pelanggan mereka yang memakai hijab atau tudung masuk ke kedai mereka.
MrJocko secara peribadi mengutuk sekeras-kerasnya isu seperti ini kerana atas beberapa sebab :
1. Diskriminasi kepada orang yang memakai hijab
2. Secara tidak langsung, alasan tidak mengambil wanuta yang memakai hijab atau tudung sebagai menghina Agama Islam dan Malaysia.
Sesal rasanya sebab beberapa hari lepas MrJocko ada mempromosikan event dan kempen Energizer yang mengumpul RM20,000 untuk membeli mainan di Hamley’s Malaysia. Kalau betul isu hijab dan tudung menjadi masalah besar di Hamley’s Malaysia, MrJocko memang menyarankan rakyat Malaysia yang perihatin supaya memboikot kedai dan syarikat yang angkuh dan memilih bulu seperti Hamley’s Malaysia ini.
Untuk Datuk Rosyam Nor, terbaik kerana berkongsi pengalaman dengan pembaca. Setidak-tidaknya ramai sekarang tahu tentang sikap dan anti-hijab di Hamley’s Malaysia. Ini terjadi kepada pelakon terkenal Malaysia, jika berlaku kepada orang kebanyakkan, orang biasa, mesti isu ini tidak akan jadi sekecoh ini…
Saya akan boikot kedai mainan Hamley’s, ada banyak lagi kedai mainan lain yang menjual mainan yang lebih murah. Biar saya tak beli mainan mahal berjenama dari Hamley’s Malaysia, asalkan rakan-rakan wanita Muslim saya tidak dipermainkan dengan isu hijab atau tudung seperti yang dikongai oleh Datuk Rosyam Nor.
Saya Boikot Hamley’s

10 komen pada “Saya Boikot Hamleys Malaysia : Jika Rosyam Nor Benar”

  1. Keji sungguh kedai kedai macam ni. Dia ingat kami yang bertudung ni boleh suka suka bukak tudung semata2 nak kerja dengan dia ke ? Rezeki Allah tu luas, kami boleh kerja tempat lain, kat tempat di mana pengurusannya HORMAT kami wanita bertudung. Huhh marah pulak dengar isu macam ni. Tu kat KLCC tuu.. bersepah2 kedai yang memandang rendah wanita bertudung dan tak amik wanita bertudung bekerja.

  2. banyak kedai macam ni sebenarnya..tapi nasib Hamleys kali ni terkena salah orang..anak pelakon yg mmg famous..habislah kena..me dl pon interview nak jadik lecturer tp dpesoalkan pasal tudung juga..hurm..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s