10 Travel Tips Menarik Untuk Beginner

Ada 10 Travel Tips menarik untuk pengembara baru samada anda bercadang untuk melancong di dalam atau di luar negara. Travel Tips ini rasanya antara tips yang terbaik untuk setiap dari kita ambil berat sekiranya merancang untuk melancong, mengembara atau berjalan-jalan mengelilingi dunia. Tips travel ini juga sebenarnya tips yang biasa diamalkan oleh ramai pengembara untuk kemudahan mereka dan juga perjalanan yang akan mereka tempohi.
10 Travel Tips Kembara
1. Rancang Dulu Jadual Perjalanan Anda dan Senaraikan Apa Yang Perlu Di Buat.
Sebaiknya, walaupun kita kembara bersedirian atau kembara dengan rakan-rakan dan tidak melibatkan travel agent, sediakan dulu itinerary sendiri untuk memudahkan perjalanan anda. Senaraikan apa yang perlu dibuat, barang perlu dan juga maklumat-maklumat lain.
2. Jika anda merancang kembara dalam negara dan tidak melibatkan perjalanan yang jauh, apa kata kongsi kereta? Ia lebih mudah dan jimat. Jika anda mahu kembara ke luar negara, anda masih boleh berkongsi hotel, sewa kereta atau perkara-perkara lain yang sudah pasti boleh menjimatkan.
3. Charge Penuh Gadget Anda
Kalau anda traveller, sudah pasti antara yang anda akan bawa ialah gadget-gadget anda seperti smartphone, camera, tablet, powerbank dan banyak lagi. Pastikan anda charge penuh dulu kerana anda tidak tahu apa akan terjadi dalam masa 5-10 jam yang akan datang bila anda memulakan perjalanan. Jangan sampai satu masa, semua bateri gadget anda habis tenaga.
4. No Kecemasan Untuk Di Hubungi
Sediakan kad kecil atau tulis dengan jelas info seperti alamat anda, contact number kecemasan serta emel di bag atau barang anda kerana ia akan memudahkan pihak ketiga yang menemui barang anda kelak. No kecemasan ini juga penting jika sesuatu terjadi kepada anda, senang pihak ketiga menghubungi mereka-mereka yang boleh membantu anda.
5. Banyak negara yang ingin kita lawati tidak tentu cuaca walaupun anda sudah rujuk kepada ramalan cuaca. Seperti contoh, Taiwan, selalu di landa hujan dan gerimis. Sebab itu, semak dulu dan sediakan payung atau baju hujan sesuai jika anda ke Taiwan.

6. Bawa Barang Penting Sahaja
Jika anda sudah bersedia untuk mengembara atau melancong, pastikan anda bawa barang perlu sahaja. Barang-barang seperti make-up wanita yang berlebihan, barang kemas, kasut yang berat, baju berlebihan dan sebagainya tidak perlu anda bawa. Ini semua akan memberatkan bagasi anda dan mungkin barang berharga seperti emas boleh mendatangkan bahawa kepada anda atau mungkin hilang.
7. Bajet Perjalanan Anda
Sudah pasti jika kita bukan seorang yang Kaya-Raya, bajet satu isu utama. Banyak lokasi percutian sebenarnya boleh anda jimat berkali ganda jika anda rajin mencari dan merancang bajet percutian anda dengan baik. Tidak perlu tidur di hotel 5 bintang jika anda boleh dapatkan hotel 3 bintang yang selesa atau homestay yang murah tetapi punyai servis terbaik. Anda jimat hampir 50% sebenarnya. Sebagai contoh, Korea dan Jepun sememangnya ada sewa homestay atau guesthouse yang murah berbanding hotel biasa yang agak mahal di Korea atau Jepun.
8. Dapatkan Rehat Secukupnya Sebelum Travel
Seeloknya, berehatla sepuasnya sebelum anda memulakan perjalanan. Ini sangat penting, lebih-lebih lagi jika anda mengembara dengan memandu kereta atau caravan. Rehat yang cukup memastikan anda akan segar dan akan menikmati perjalanan kembara anda dengan baik dan dalam keadaan gembira.
9. Bawa Peta Berkaitan
Sekiranya anda melancong ke luar negara, sediakan peta untuk rujukan anda. Paling mudah, anda boleh guna Google Maps sebagai panduan anda. Pastikan anda mempunyai data plan internet yang sesuai. Jika tidak, gunakan peta biasa. Ia akan banyak membantu anda.
10. Gembira Dengan Kembara Anda
Kembara atau Melancong bermaksud anda akan gembira dengan perjalanan yang akan anda tempohi. Sebolehnya, anda hanya akan fikirkan keseronokkan bila anda melancong. Jika anda sedikit masalah, lupakan dahulu dan enjoy trip dan travel anda. InsyaAllah anda akan alami pengalaman bercuti dan kembara terbaik.
Ini sahaja 10 Travel Tips yang MrJocko rasakan antara yang perlu setiap pengembara ikut jika ingin memulakan perjalanan melancong samada dalam atau luar negara. Pastikan anda rancang betul-betul kerana perancangan awal ini memang banyak faedah kepada anda untuk merasai keseronokkan perjalanan kembara anda samada bersama keluarga atau kawan-kawan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s