Colmar Tropicale Berjaya Hills : Percutian Keluarga Yang Berbaloi

Sekiranya anda semua mencari lokasi percutian singkat, samada one day trip atau percutian 2 hari 2 malam di tempat sejuk dan punyai pemandangan yang menarik, MrJocko amat mengesyorkan anda bercuti ke Colmar Tropicale Berjaya Hills, Pahang. Lokasi percutian tanah tinggi ini memang punyai tarikan pemandangan yang tersendiri, menarik dan berbaloi untuk di kunjungi.
Secara peribadi, ini kali pertama kami semua satu keluarga dapat peluang singgah di Colmar Tropicale Berjaya Hills ini dan ia memang pengalaman terbaik kami. Sampai saja di pintu masuk Colmar Tropicale, suasana dingin dah terasa dan bangunan ala Eropah ini nampak memang cantik.

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Seharian kalau bersantai di Colmar Tropicale memang tak puas. Walaupun kawasan bangunan Colmar Tropicale ini tidak la besar, tetapi anda boleh jalan-jalan sekitar untuk melihat barangan cenderahati yang dijual, aktiviti untuk kanak-kanak, menonton persembahan di pentas utama, bergambar sekitar bangunan yang ala-ala Perancis ini, singgah untuk makan minum di beberapa restoran Itali, Perancis dan menu masakan Eropah yang ada di sini serta boleh mencuba 6D Movies dan permainan kanak-kanak.
Memang best, tambah-tambah cuaca dan suasana di Colmar Tropicale Berjaya Hills ini memang masih sejuk, nyaman dan sentiasa berkabus. Memang sekali imbas, rasa seperti berada di negara Eropah🙂

Colmar Tropicale Berjaya Hills
Colmar Tropicale, Berjaya Hills
Berjaya Hills adalah sebahagian daripada banjaran gunung yang indah terletak di negeri Pahang, Malaysia. Merangkumi lebih 16,000 ekar di tengah-tengah hutan hujan tropika yang subur dan 3,000 kaki di atas paras laut, resort ini hanya mudah 45 minit memandu dari Kuala Lumpur dan 10 kilometer dari Karak Lebuhraya Timur-Barat. 
Colmar Tropicale, yang dimodelkan selepas sebenar Abad ke-16 Kampung di Alsace, Perancis, bersama-sama dengan tempat tarikan lain seperti Kampung Jepun yang tenang dan indah Berjaya Hills Golf & Country Club bergabung untuk membuat Berjaya Hills destinasi pelancongan yang unik dan menarik.
Penginapan

Colmar Tropicale, Perancis bertemakan Resort menawarkan lebih 235 bilik dan suite dengan sentuhan klasik set seni bina Alsace dalam replika Kampung Perancis yang tipikal.
Eksklusif Ume Tatami Suite menawarkan 4 bilik tidur yang lengkap dengan perkhidmatan butler, terletak di dalam Taman tenang Jepun adalah sesuai untuk mereka yang ingin menjadikan penginapan anda tidak dapat dilupakan di tengah-tengah hutan hujan yang sejuk dan tropika.
Kategori Bilik
Superior Twin / Raja
Deluxe Twin / Raja Satu bilik tidur Suite
Bilik Keluarga 
– Suite Dua-bilik tidur 
– Suite Tiga bilik tidur 
– Suite Empat bilik tidur 
– Suite La Grande
Suite La Colmar
Ume Tatami Suite (4 bilik tidur)

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Colmar Tropicale Berjaya Hills

Colmar Tropicale Berjaya Hills
Jika anda dari Kuala Lumpur, pemanduan ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi ini tidak la jauh mana, hanya sekitar 1 jam perjalanan dengan kelajuan purata 110 km/j mengikut had limit pemanduan lebuhraya Gombak – Karak. Jarak antara Kuala Lumpur menuju Colmar Tropicale Bukit Tinggi cuma 50km sahaja.
Harga tiket masuk ke Colmar Tropicale Bukit Tinggi ialah Dewasa RM12 dan Kanak-kanak RM8. Tiada bayaran parkir dikenakan kerana ia Percuma. Lokasi parkir dan bilik hotel juga banyak, tak perlu risau. Cuma sebaiknya, lakukan tempahan awal untuk memudahkan urusan pendaftaran check-in bilik dan juga penginapan anda di Colmar Tropicale Bukit Tinggi.
Sebab itu, jika anda mencari lokasi percutian pendek tetapi menarik, Colmar Tropicale Bukit Tinggi jawapannya. Memang menarik kerana ada banyak lagi yang menarik berdekatan lokasi ini termasuk Japanese Village, Taman Arnab, Taman Botani, 6D Movies, Equestrian, Adventure Parks, Hotel penginapan dan banyak lagi.

2 komen pada “Colmar Tropicale Berjaya Hills : Percutian Keluarga Yang Berbaloi”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s