Kenanga Wholesale City Pusat Borong Termurah Di Kuala Lumpur

Tempat borong barangan termurah di Kuala Lumpur ialah Kenangan Wholesale City yang terletak di Jalan Gelugor di Kuala Lumpur. Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur ini semakin terkenal sebagai pusat jualan barangan yang murah secara borong terbesar di Kuala Lumpur.
Info Wikipedia
Kenanga Wholesale City kini dikenali sebagai KWC Fashion Mall, pusat membeli-belah secara borong yang pertama di Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan lokasinya hanya beberapa minit dari ‘Segitiga Emas’ Bukit Bintang. Kenangan Wholesale City memang pusat memborong terbaik untuk semua.
Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

MrJocko pertama kali sampai ke Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur ini semalam dan bertujuan untuk membawa family membeli belah sempena dengan cuti umum Hari Krismas. Ternyata, pilihan kami untuk membeli belah di Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur memang tepat kerana di sini memang banyak kedai-kedai menjual barangan murah secara borong dan paling besar pernah MrJocko lawati.

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

Bermula dari Tingkat LG, bangunan Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur ini penuh dengan kedai-kedai jualan pakaian, perhiasan, aksesori, jewelry, pakaian kanak-kanak, kasut, beg dan banyak lagi sehingga ke tingkat 7. Sangat besar dan banyak kedai-kedai menawarkan harga murah dan borong terbaik untuk pelanggan.
Jika anda seorang yang gemarkan fesyen, di sini anda boleh dapatkan banyak koleksi pakaian dengan rekaan fesyen bari dan cantik serta pelbagai pilihan barangan yang menarik untuk setiap lapisan umur.
Harga di sini biasanya diletakkan dengan harga jualan biasa, tetapi anda boleh beli dengan harga diskaun 50% jika membeli barangan tersebut sebanyak 3 pcs (unit). Contoh, jika harga tertera ialah RM10 bagi satu unit, anda boleh membeli 3 unit dengan harga RM30 setelah ditolak diskaun 50% setiap barangan.
Di sini paling banyak pilihan yang anda boleh pilih untuk beli barangan borong di Kuala Lumpur. Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur memang menawarkan pelbagai barangan menarik.
MrJocko dan keluarga sendiri  berada di sini bermula jam 12.00 tengahari sehingga jam 6.00 petang. Banyak yang kami singgah dan memang ternyata banyak barangan murah dengan harga borong di Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur.
Jadi, kalau anda mencari lokasi barangan murah dan harga borong di Kuala Lumpur, jangan lupa ke Kenanga Wholesale City di Jalan Gelugor, berdekatan dengan Pasar Pudu di Kuala Lumpur. Lokasi Kenanga Wholesale City dekat dengan Flat San Peng Kuala Lumpur, Stesen LRT Hang Tuah dan juga Jalan KenangaUntuk carian mudah, lihat sahaja peta Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur yang MrJocko kongsi di sini.
Selamat Membeli Belah dengan harga murah dan borong di Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur.
Kenanga Wholesale City Kuala Lumpur

6 komen pada “Kenanga Wholesale City Pusat Borong Termurah Di Kuala Lumpur”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s