Boleh Tuntut Gantirugi Insurans Takaful Banjir?

Malaysia dilanda musibah banjir. Paling terkesan ialah banjir di Kelantan, Terengganu, Pahang, Perlis, Perak dan juga Kedah. Banyak harta benda rosak dan tempat tinggal hilang begitu saja. Ramai yang mula bertanya, boleh tak tuntut pampasan gantirugi dari Insurans atau Takaful akibat bencana banjir?
Apa yang MrJocko boleh kongsi mengikut pemahaman diri sendiri, jawapan untuk soalan ‘boleh tuntut (claim) pampasan gantiruti dari Insurans atau Takaful akibat bencana banjir’ ialah Ya dan Tidak.
Secara umum, kerosakkan yang melibatkan rumah kediaman, kenderaan motor, alatan elektronik serta barangan perabut dalam isi rumah boleh di Insurans atau Takaful mengikut terma dan syarat syarikat insurans atau takaful yang terlibat. Ada banyak syarikat yang kini menawarkan produk insurans atau takaful bagi melindungi kenderaan motor, alatan elektronik serta barangan perabut dalam isi rumah mengikut kadar yang ditetapkan. Jumlah yang boleh di tuntut (claim) akibat bencana tersebut juga mengikut terma dan syarat.
Jawapan Pertama untuk ‘boleh tuntut (claim) pampasan gantiruti dari Insurans atau Takaful akibat bencana banjir’ adalah YA BOLEH TUNTUT, dengan syarat, pelanggan atau mangsa pernah membeli dan mempunyai polisi insurans atau takaful yang sah ketika kejadian ini berlaku.
Cara untuk menuntut, anda cuma perlu mengisi borang tuntutan di syarikat yang berkaitan dan sertakan dokumen serta dokumen sokongan untuk memudahkan urusan. InsyaAllah, tuntutan gangirugi bencana alam seperti banjir akan dapat anda dapat dengan tempoh yang cepat bergantung kepada SOP (standard of procedure) syarikat tersebut.
Boleh Tuntut Gantirugi Banjir

Secara umum juga, jika kerosakkan yang melibatkan rumah kediaman, kenderaan motor, alatan elektronik serta barangan perabut dalam isi rumah boleh di Insurans atau Takaful, TETAPI TIDAK mengikut terma dan syarat syarikat insurans atau takaful yang terlibat, maka jawapannya adalah TIDAK BOLEH DI TUNTUT GANTIRUGI.

Jawapan Kedua bagi soalan ‘boleh tuntut (claim) pampasan gantiruti dari Insurans atau Takaful akibat bencana banjir’ adalah TIDAK BOLEH di tuntut sekiranya ia tidak terdapat dapat klaus Polisi Insurans atau Takaful yang anda beli.
Ayat mudah, anda membeli polisi, tetapi tidak membeli perlindungan bencana seperti banjir, maka anda tidak berhak untuk membuat tuntutan gantirugi akibat banjir.
Oleh sebab itu, sebaiknya, jika anda mempunyai polisi insurans atau takaful, sila semak dengan segera di kaunter syarikat-syarikat yang anda dapatkan polisi untuk mengetahui secara jelas tentang polisi yang anda ada. Itu lebih baik kerana kemungkinan, anda pernah membeli polisi melibatkan tuntutan banjir, tetapi ia sudah tamat tempoh.

3 komen pada “Boleh Tuntut Gantirugi Insurans Takaful Banjir?”

  1. Dari statistik client mrjocko sekarang berapa peratus rakyat malaysia yang ambik untuk cover bencana alam seperti banjir,ribut,kapal terbang jatuh rumah dan tanah runtuh? Sebab saya sendiri pun xambik cover tu seba b malaysia jarang berlaku..jadi berapa peratus yang ambik setakat ni?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s