Top 5 Hotel Terbaik Pilihan MrJocko di Krabi Thailand

Pelancong yang suka dengan pantai, laut dan juga pulau sudah pasti akan berkira-kira untuk membuat perangcangan melancong ke Krabi, Thailand. Lokasi percutian pantai, laut dan pulau ini terkenal di Selatan Thailand dan ia semakin mendapat sambutan pelancong luar negara, tambah-tambah lagi pelancong dari Eropah kerana pakej yang ditawarkan di sini jauh lebih murah berbanding pakej negara lain di dunia.
MrJocko ingin kongsikan 5 Hotel Terbaik pilihan di Krabi, Thailand dan ia mungkin akan menjadi salah satu pilihan hotel atau resort percutian anda semua jika melancong ke Krabi, Thailand :
1. Krabi La Playa Resort
La Playa Resort di Krabi ini merupakan boutique hotel yang berkonsepkan kotemporari moden ala Thai yang terletak di Aonang Beach. Rekaan resort ini berkonsepkan taman dan mempunyai kolam mandi yang unik dengan kolam mandi persendirian di dalam bilik.
Terdapat 79 bilik di Krabi La Playa Resort dan ia juga mempunyai restoran, taman, garden bar, kolam mandi, fitness room, spa dan massage, bilik kanak-kanak, bilik seminar dan juga board game. 
Anda boleh ke Krabi La Playa Resort di alamat :
143 Moo 3, Tambon Aa Nang, Amphur Muang, Krabi, Thailand 81000  
Best_hotel_in_Krabi

2. Crown Lanta Resort & Spa Krabi
Menginap di Crown Lantan Resort & Spa di Krabi umpama anda menginap di ‘syurga yang sebenar’. Iaa terletak di hujung tanjung dan ia terletak di tepi persisir pantai dan laut yang membiru. Lokasi resort ini memang terbaik untuk berbulan madu dan juga percutian sebenar bagi anda yang perlukan ketenangan semasa percutian.
Crown Lanta Resort & Spa memiliki 21 bilik Deluxe Pool terus ke Kolam Mandi, 21 bilik Deluxe Gazebo, 28 Elegance Deluxe Room, 4 Ocean Sunset Villa, 4 Ocean Private Pool Villa dan satu bilik termahal Grand Villa, satu-satunya bilik private terbaik untuk honeymoon suite.
Anda boleh kunjungi Crown Lanta Resort & Spa di alamat : 315 Moo 1, Saladan, Koh Lanta, Krabi, Thailand 81150

3. Aonang Cliff Beach Krabi
Kejauhan kelihatan resort ini memiliki kawasan yang agak besar. Rekaan bangunan dan struktur taman dibina bersesuai dengan tema hotel. Dari beberapa tempat di Aonang Cliff Beach Krabi, anda dapat melihat keindahan Laut Andaman yang cantik dan membiru.

Resort ini mempunyai 97 bilik yang memenuhi citarasa anda termasuk bilik pilihan Superior, Deluxe, Family Suite dan juga beberapa suite terbaik di Aonang Cliff Beach. Kolam mandi yang luas, pemandangan keseluruhan yang cantik, ruang bilik seminar dan juga servis Spa dan Massage untuk tetamu hotel.

Lokasi Aonang Cligg Beach ialah : 328 Moo 2, Tambol Aonang, Amphoe Muang, Krabi, Thailand 81000

Cliff_beach_krabi_hotel
4. Aonang Princeville Resort & Spa Krabi
Satu lagi Boutique hotel yang terkenal di Krabi ialah Aonang Princeville Resort & Spa Krabi yang terletak di tepi pantai di Aonang. Ia terletak kira-kira 17 km dari bandar Krabi dan 26 km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Krabi. 
Aonang Princeville menyediakan kemudahan 50 bilik termasuk Honeymoon Suite, Grand Deluxe, Deluxe Family Room dan juga Deluxe Room dengan kemudahan Wifi PERCUMA kepada tetamu hotel.
Lokasinya yang terletak di tepi pantai menjadi kelebihan utama pelancong untuk menginap di sini. Banyak aktiviti laut yang boleh anda lakukan kalau menginap di sini. Pihak resort menyediakan banyak pakej yang sesuai dan berpatutan dengan pilihan anda di Aonang Princeville Resort & Spa Krabi ini.
Alamat Aonang Princeville Krabi : 164 Moo 2, Aonang Beach, Krabi, Thailand 81000

5. The Small Hotel Krabi
Walaupun namanya ‘small’ tetapi anda akan teruja jika pertama kali singgah di The Small Hotel Krabi ini. Walaupun hotel ini sekadar boutique hotel tetapi rekaan hotel ini memang moden dan terbaik. Fresh dan Baru. 
The Small Hotel Krabi menyediakan jenis bilik seperti Studio, Honeymoon Suite, Mini Suite, Pool Access, Pool Access Mini Suite dan juga Moon Deck Suite. Semua bilik memang mempunyai akses Wifi PERCUMA untuk tetamu dan semuanya baru dan terbaik. Hiasan dalaman yang berwarna krim, coklat, putih dan merah sangat mengujakan.
Anda boleh ke sini The Small Hotel Krabi di alamat : 167 Moo 3, Aonang Muang, Krabi, Thailand 81000
hotel_di_krabi_aonang_murah

hotel_terbaik_di_Krabi
Banyak lagi senarai hotel yang murah dan terbaik di Krabi, tetapi untuk entry kali ini MrJocko nak kongsi senarai 5 Hotel Pilihan di Krabi sebagai panduan kepada anda jika melancong ke Aonang Krabi, Thailand. Hotel dan resort ini tidak la menawarkan harga yang murah kerana rangkaian hotel ini bukan untuk bajet yang rendah, tetapi anda boleh cuba untuk menginap di salah satu hotel ini untuk pengalaman sendiri.
Saya yakin, anda akan pasti tinggalkan memori indah di Krabi jika menginap di hotel dan resort terbaik sepanjang percutian anda di Krabi, Thailand. Malindo Air menyediakan penerbangan terus dari Subang ke Krabi setiap hari. 

3 komen pada “Top 5 Hotel Terbaik Pilihan MrJocko di Krabi Thailand”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s