TERKINI Gambar Selepas Banjir Di Kelantan 30 Disember 2014

Gambar Terkini kesan selepas banjir yang dirakam oleh rakan-rakan di sekitar Kota Bharu, Kuala Krai dan Gua Musang sedikit sebanyak membuatkan hati MrJocko tersentuh. Bayangkan satu Kota Bharu lumpuh dan air bah dan lumpur selut ada di mana-mana. Gambar kesan banjir di Kelantan ini antara yang akan di ingat sampai bila-bila oleh mereka yang merasainya.
Sudah tentu sektor pelancongan di Kelantan akan lumpuh dalam masa beberapa bulan. Sudah pasti banyak barang yang rosak, hotel-hotel juga perlukan masa untuk baikpulih dan juga kemudahan untuk pelancong juga akan memakan masa untuk di perbaiki. 
Rakyat Kelantan sendiri, sudah tentu ramai yang akan menangguhkan perjalanan melancong mereka kerana akan lebih pentingkan musibah bencana banjir terburuk Kelantan 2014. 
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Bayangkan kesengsaraan mangsa banjir yang lain yang kerugian harta benda dan juga nyawa, kemudian dengan keadaan rumah yang kotor berselut serta kekurangan bantuan, makanan dan juga air bersih. Begitu besar dugaan tuhan kepada mereka sekeluarga dan kita, hanya mampu memandang dan menghulurkan bantuan dari segi wang ringgit, barangan dan sokongan moral.
Lihat sendiri beberapa gambar kesan dari banjir terburuk dalam sejarah Kelantan setakat ini yang dikongsi oleh rakan-rakan. Ia umpama Tsunami kecil dan ia satu dugaan untuk semua rakyat Malaysia.
Hampir keseluruhan rakyat Kelantan terkesan dengan bencana banjir buruk 2014 ini yang mana ada yang ditimpa air banjir yang deras, kereta rosak, barangan elektrik musnah, binatang peliharaan mati, kebun sayur musnah malah ada yang dikatakan mati akibat lemas dan juga masalah berkaitan.
Takziah kepada mangsa banjir dan kepada yang mampu, sumbang la sedikit untuk mereka samada wang ringgit, usaha, barangan atau pun sokongan moral. #Banjir2014 #PrayForKelantan #PrayForPantaiTimur

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

kesan_selepas_banjir_di_Kelantan_2014

1 komen pada “TERKINI Gambar Selepas Banjir Di Kelantan 30 Disember 2014”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s