Rezeki Di Mitsubishi Electric Blogger’s Event

Rezeki dari blog ni ada dalam macam-macam cara. Samada dalam bentuk wang tunai, voucher, pakej percuma, makan percuma, penginapan percuma, hadiah dan juga goodies bag, semua itu memang antara kelebihan kalau anda menjadi seorang penulis blog. Mahal atau murah, itu isu kedua, sebolehnya, rezeki yang dapat itu berbaloi dengan usaha yang dilakukan.
Sebelah petang tadi, MrJocko dan rakan-rakan blogger telah sama-sama menyertai “Mitsubishi Electric Product Seminar For Blogger” bertempat di MESM Petaling Jaya. Event yang meriah bila ramai rakan blogger turut sama datang untuk support dan memeriahkan seminar yang julung-julung kali diadakan ini, khas untuk blogger.
MrJocko akan kongsi tentang Mitsubishi Electric Product Seminar For Blogger ini dalam entry yang akan datang. Buat masa ni, nak share dengan pembaca MrJocko, apa yang MrJocko dapat ketika menghadiri seminar Mitsubishi Electric tempohari.

Paling best pada hari ini, MrJocko dan kumpulan MrJocko berjaya membawa pulang beberapa hadiah kemenangan dalam games yang dianjurkan ketika seminar “Mitsubishi Electric Product Seminar For Blogger” ini berlangsung. 
MrJocko sendiri berjaya membawa pulang 2 hadiah dari kemenangan games dan satu hadiah daripada 3 SELFIE TERBAIK di “Mitsubishi Electric Product Seminar For Blogger” pada hari tersebut. Terbaik lah,,,


Syukur dengan rezeki yang diberikan untuk hari Sabtu lepas berbaloi untuk MrJocko sertai. 

InsyaAllah, lepas ini mungkin ada rezeki untuk Peti Ais Mitsubishi Electric, Aircond Mitsubishi Electric atau Kipas Angin Mitsubishi Electric. Aminnnn…

3 komen pada “Rezeki Di Mitsubishi Electric Blogger’s Event”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s