Lt. Nic Coffee Shop : Rasai Kopi Cara Hipster

Kedai Kopi kedua kami jejaki di Melbourne ialah Lt. Nic Coffee Shop yang terletak di Lonsdale Street Melbourne. Ia sebuah cafe kecil tetapi ia mempunyai tarikan rasa kopi yang menjadi pilihan ramai peminat kopi di Melbourne. Antara keunikkan lain, ruang makan, meja dan dekorasi cafe ini mempunyai ciri-ciri hipster.
Tidak hairan, peminat hipster suka lepak di sini untuk habiskan masa bersama kawan-kawan dan merasai keunikkan kopi Lt. Nic Melbourne.
Selain kopi, Lt Nic juga menyediakan menu seperti sarapan pagi Sandwich dan juga Lunchboxes untuk pelanggan mereka. Samada anda nak take away atau makan di sini, dua-dua pilihan masih pilihan terbaik untuk menu di Lt. Nic Melbourne.
Di sini MrJocko mencuba menu Expresso dan juga dengan Sparkling Water. Rasa kopi ekspreso yang masih pekat dan di sulam dengan air sparkling memang satu pengalaman yang terbaik minum kopi cara Melbourne. Sangat mengujakan….
Lt. Nic Coffee Shop
Menurut pemilik Lt. Nic Coffee Shop, mereka sangat mementingkan ketepatan dalam menyediakan kopi mereka. Sukatan yang betul, suhu yang betul serta masa yang tepat untuk mengadun kopi akan memberikan rasa terbaik untuk satu-satu hidangan kopi, tambah-tambah untuk Latte dan Cappuccino.
Kalau di sini, kebanyakkan peminat kopi akan lebih selesa minum Black Coffee, Latte, Cappuccino serta Expresso tanpa gula.
Lt. Nic Coffee Shop
Lt. Nic Coffee Shop
Anda boleh dapatkan info lanjut di laman web rasmi Lt. Nic Melbourne untuk dapatkan menu kopi dan juga menu lain. Untuk rasa kopi yang masih lagi sedap dan disediakan dengan cara yang terbaik, sudah pasti di Coffee Shop Lt. Nic Melbourne ini adalah satu daripada 10 kedai kopi terbaik di Melbourne.
Alamat penuh Lt. Nic Melbourne ialah di :
262 Lonsdale Street
Melbourne 3000
Lt. Nic Coffee Shop

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s