Short Stop Coffee Melbourne : Antara Kopi Terbaik Di Melbourne

Melbourne antara bandar yang agak sibuk dan warga Melbourne ramai yang berkerja di pejabat dan mempunyai gaya hidup yang moden dan sibuk. Dalam kesibukkan ini, salah satu cara hidup warga Melbourne yang menjadi kebiasaan ialah Kopi dan hampir seluruh rakyat Melbourne mempunyai budaya suka minum kopi.
Sebab ini, di Melbourne banyak terdapat kiosk atau cafe yang menyediakan menu kopi yang terbaik. Lokasi cafe pertama kami singgah ialah di Short Stop yang terletak di 12 Sutherland St. Bangunan ini terletak di jalan belakang bangunan, tetapi ia adalah lokasi yang menyediakan antara 10 Kopi Terbaik di Melbourne.

Owner, Anthony Ivey sedang menyediakan kopi terbaik untuk MrJocko🙂

Cafe ini di milikki oleh Anthony Ivey dan Sinye Ooi dan sememangnya tujuan mereka ialah untuk menyediakan menu Kopi dan Donut terbaik untuk pelanggan mereka. Sudah pasti secara peribadi MrJocko suka dengan koleksi Black Coffee dan White Coffee dari Short Stop ini. Cuma citarasa Melayu, kena tambah sedikit gula untuk beri rasa sedikit manis untuk Coffee Latte atau Black Coffee.

Sayang MrJocko tak cuba menu donut di Short Stop Melbourne ini kerana masa yang terhad. Lagipun target ke sini untuk menjejak rasa Kopi di Melbourne yang kini menjadi trend di sana. Semua orang gilakan kopi dan minum kopi setiap hari.
Satu lagi unik minum kopi di Melbourne, mereka akan sediakan air putih atau sparkling water (seperti Perrier) sebagai pelengkap kepada kopi mereka. Ternyata cara seperti ini memang beri kita minum kopi dengan cara terbaik…
Untuk info, harga kopi di sini seperti Black Coffee atau White Coffee di jual sekitar AUD3.50 sehingga AUD4.00. Untuk Donut, mereka jual bermula dari AUD4.00 untuk satu pcs.
Short_Stop_Coffee_Melbourne_Location
Kalau anda ke Melbourne, mesti singgah untuk mencuba menu di Short Stop ini. Mesti cuba kopi ‘white’ di Short Stop. Sudah pasti MrJocko akan suggest anda mencuba Kopi Latte di Short Stop yang sedap di sana. Marvelous🙂
Emirates menyediakan penerbangan terus dari KLIA ke Melbourne setiap hari bermula jam 3.30pm dari KLIA ke Melbourne dan jam 3.30am dari Melbourne ke KLIA.

5 komen pada “Short Stop Coffee Melbourne : Antara Kopi Terbaik Di Melbourne”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s