Business Class Emirates : Pengalaman Terbang Yang Terbaik

Business Class dan First Class Emirates Airline memang menjadi pilihan ramai eksekutif serta golongan yang mampu untuk menjadikannya pilihan penerbangan mereka setiap kali melakukan perjalanan udara samada jauh atau dekat. Lebih-lebih lagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melbourne yang memakan masa selama 8 jam ini, keselesaan adalah menjadi pilihan utama setiap penumpang. Sebab itu, First Class dan Business Class Emirates sememangnya sangat popular bagi mereka yang sukakan servis terbaik dan keselesaan dalam penerbangan.
MrJocko sendiri berpeluang merasai servis Business Class ketika menyertai Media FAM Trip Melbourne tajaan pihak Emirates dan Tourism Victoria. Ia memang satu pengalaman penerbangan terbaik setakat ini.
Bermula dengan check-in kaunter, MrJocko tidak perlu beratur panjang kerana kaunter khas untuk First Class dan Business Class adalah sangat ‘convenience’. Tidak sampai 10 minit urusan pendaftaran dan bagasi selesai dan MrJocko terus ke Emirates Lounge berhampiran di Gate 21 KLIA.
Urusan perlepasan juga tidak perlu risau kerana kami, First Class dan Business Class akan diiring masuk terlebih dahulu kemudian diikuti oleh tempat duduk seterusnya. Ruang lalu yang agak luas dan selesa memberikan kami ketenangan untuk duduk di setiap seat yang di sediakan.
Business_Class_Seat_Emirates

Lihat sendiri keluasan dan saiz seat Business Class Emirates ini, sangat luas dan memang memuaskan. Setiap seat dilengkapi dengan tempat duduk boleh laras sehingga ia lurus di jadikan melintang seperti katil. Memang selesa. Satu bantal, satu selimut, satu headphone dan satu skrin TV berukuran sekitar 18 inci untuk hiburan sepanjang perjalanan.
Anda duduk sahaja di seat anda, Pramugari atau Pramugara akan datang memberikan anda air dan kekacang sementara menunggu kapal terbang A777 ini berlepas ke udara. Sementara itu, anda sudah boleh untuk menonton filem, drama, mendengar muzik atau mendengar radio pilihan sejurus selepas anda duduk di tempat duduk sehingga anda mahu keluar dari pesawat bila tiba di destinasi nanti.
MrJocko sendiri memilih untuk menikmati Jus Epal dan Kekacang untuk kudapan sementara terbang.

Ruang kaki depan memang sangat luas, sangat berbeza dengan kedudukan seat biasa. Bila berlunjur, kaki masih lagi tidak mencapai ruang dihadapan. Sangat luas dan selesa tambah-tambah bila dapat baringkan seat sehingga menjadi katil di dalam pesawat A777 Emirates Airline ini.
Selepas berlepas, anda sudah boleh memilih untuk makan apa sahaja yang ada di dalam menu yang disediakan. Pilih sahaja dan anak kapal akan membawakannya untuk anda. Selagi mampu anda makan, makan lah.
Memandangkan ini kali pertama MrJocko mencuba pengalaman menaiki Business Class Emirates, MrJocko bercadang ingin mencuba kesemua menua yang ada di dalam pesawat A777 Emirates. Mula-mula MrJocko order Daging dengan Roti, kemudian Nasi dengan Kari Ayam dan seterusnya buah-buahan. Pelengkap sudah pasti secawan kopi dan Jus Oren.

Business_Class_Seat_Emirates

Business_Class_Seat_Emirates

Business_Class_Seat_Emirates
Bila tiba waktu makan malam, MrJocko order Nasi Goreng dan Satay dan juga Cheese sebagai side order. Kopi dan Coklat juga disertakan sebagai sebahagian daripada set hidangan. Memang terbaik. Selama penerbangan, tidak pernah akan rasa lapar dan anda boleh minta apa sahaja untuk anda jamah sepanjang penerbangan 8 jam tersebut dari KLIA ke Melbourne.
Inilah antara keistimewaaan bila terbang dengan First Class dan Business Class Emirates Airline. Anda adalah penumpang VVIP dan akan dilayan sebaik mungkin. 

Business_Class_Seat_Emirates

Business_Class_Seat_Emirates

Secara peribadi, sekarang baru MrJocko faham kenapa mereka yang mampu atau eksekutif yang selalu travel jauh-jauh dan ada urusan yang penting mereka sangat memilih untuk terbang menggunakan First Class atau Business Class. Sepanjang 8 jam perjalanan, anda akan sentiasa rasa selesa dan dijaga sebaiknya oleh anak kapal (Pramugara dan Pramugari) supaya anda akan sentiasa selesa dan berpuas hati semasa terbang dengan pesawat Emirates Airline.
Thumbs Up buat Pesawat A777 dan Crew EK408 dan EK409 ketika penerbangan MrJocko dari KLIA ke Melbourne dan pulang kembali dengan selesa dan selamat. 
Sudah pasti, jika diberikan kesempatan, MrJocko sangat teringin untuk kembali menaiki pesawat A380 Airbus Emirates Airline yang akan memulakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Melbourne dalam beberapa bulan dari sekarang. Sudah pasti Pesawat A380 Airbus Emirates ini jauh lebih bagus dan selesa untuk membawa anda ke semua destinasi seluruh dunia.
Terima Kasih Emirates Airline atas pengalaman TERBAIK bersama Emirates EK408 dan EK409 Kuala Lumour – Melbourne – Kuala Lumpur
Business_Class_Seat_Emirates

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s