Hotel Crown Metropol Melbourne : Hotel Terbaik Di Tengah Melbourne

Andai anda mencari lokasi hotel yang terbaik di Melbourne, anda mungkin boleh cuba Crown Metropol Hotel Mebourne kerana ia sememangnya sebuah hotel yang terkenal dan terbaik di Melbourne. Sudah pasti anda akan teruja jika berpeluang menginap di sini, salah satu hotel yang mempunyai ciri-ciri terbaik pilihan ramai eksekutif jika travel ke Melbourne.
Crown Metropol Hotel Melbourne mempunyai 6 jenis bilik yang mungkin akan menjadikan pengalaman percutian dan penginapan anda di hotel adalah sesuatu yang terbaik. Samada anda memilih untuk Luxe King or Twin, City Luxe, Bay Luxe King, Component Room, Loft atau Aapartment, setiap unit bilik di sini memang terbaik di dalam kelasnya.
MrJocko berpeluang menginap satu malam di bilik City Luxe yang bernilai dari AUD328 satu malam bersama dengan sarapan pagi. Ia mungkin nampak agak mahal, tetapi sebenarnya itu adalah antara rate yang biasa anda akan bayar jika menginap di hotel 5 Bintang seperti di Crown Metropol Hotel Melbourne ini.

MrJocko check-in masuk ke hotel ini pada jam 3.30 pagi waktu Melbourne dan Check-Out pada jam 9.00 pagi keesokkannya kerana kami akan terus ke Yarra Valley. Namun, walaupun hanya menginap di sini selama satu hari lebih sahaja, pengalaman berada di Crown Metropol Hotel Melbourne memang terbaik kerana servis front desk Kaunter, Room Service dan juga kitchen Cafe untuk sarapan memang terbaik.
Sangat frust kerana tidak sempat mencuba Fitness Centre, Gym, Spa dan juga kolam mandi sementara menginap di Crown Metropol Hotel Melbourne ini.
Crown Metropol Hotel Melbourne ini diberikan status 5 Bintang dan mempunyai kolam mandi hotel yang sangat cantik di Melbourne. Hotel ini mempunyai sebanyak 658 bilik termasuk suite untuk kemudahan tetamu hotel.
Crown Metropol Swimming Pool
Dari segi ruang bilik, untuk City Luxe ini memang sangat selesa. Ada katil King Size, Sofa Bed, Meja Tulis dan juga ruang hall yang luas. Ada disertakan almari dan bilik air yang sangat best. Sudah pasti kalau boleh anda tidak mahu keluar dari bilik kerana ingin berehat di dalam bilik yang sangat selesa ini.
Untuk anda yang bercadang untuk menginap di sini, bilik bermula dari AUD268++ dan boleh terus ke alamat : 
Crown Metropol Hotel, 
8 Whiteman Street, Crown Towers, 
Southbank VIC 3006, 
Australia

Tips Hotel Di Australia
1. Kebanyakkan Hotel di Melbourne mengamalkan Check-In Time – 2.00pm dan Check-Out Time – 11.00am
2. Biasanya tiada kemudahan Berus Gigi, Ubat Gigi tidak seperti hotel bertaraf 5 Bintang di Malaysia, Singapore, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand atau Indonesia.
3. Banyak Hotel di Australia adalah harga tidak termasuk Sarapan Pagi.
4. Kemudahan WiFi adalah Terhad, walaupun di dalam bilik.
5. Anda boleh melakukan Ekspress Check-Out dengan Mudah

2 komen pada “Hotel Crown Metropol Melbourne : Hotel Terbaik Di Tengah Melbourne”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s