Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery : Kilang Coklat Terbaik

Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery
bagi peminat coklat, lokasi pertama yang kami singgah di Yarra Valley ini adalah lokasi impian semua kanak-kanak di dunia. Di sini, kiri kanan, depan dan belakang dipenuhi dengan coklat yang pelbagai dan sedap. Paling best bila ada 3 mangkuk besar di sediakan untuk anda merasa coklat di sini secara PERCUMA.
Yarra Valley Chocolaterie dan Ais Creamery adalah usaha terkini oleh Leanne Neelan dan suaminya Ian, seorang usahawan tani yang berpengalaman dalam penyediaan coklat di Yarra Valley, Victoria. Untuk kilang coklat mereka ini, mereka mempunyai seluar 16 hektar tanah di Yarra Glen, di Yarra Valley, Victoria. 
Pembinaan bangunan kilang dan juga ruang pameran Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery dibina di atas luas 1600 sqm yang direka pembinaannya meliputi bilik pameran, kilang dan kafe bermula di pertengahan tahun 2012. Ia dibuka dengan rasmi pada 15 Disember, 2012. 
Neeland bermula dengan bersama-sama 72 penduduk tempatan yang menjadi pekerjanya dan merekrut dan menaja enam pakar chocolatiers dari Perancis dan Belgium untuk membantu dalam operasi pembuatan coklat mereka. Hasil usaha mereka, kejayaan tidak terduga apabila ia mencapai lebih daripada 450 000 pengunjung dalam tahun pertama operasinya.
Fakta Ringkas Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery
• Di buka pada 09:00-05:00 setiap hari (kecuali Hari Krismas).
• Masuk percuma dan sesi merasa coklat Percuma.
• Terletak di antara kebun-kebun anggur Yarra Valley pada keluasan 16 hektar.
• A Café menyajikan sarapan, minum pagi, makan tengah hari ringan dan minuman petang dan juga jualan ais krim yang khas.
• Pelbagai acara turut diadakan sepanjang tahun di Chocolaterie untuk mempamerkan kemahiran yang Chocolatier ini, meraikan musim dan hasil tempatan.

Perjalanan satu jam lebih kurang dari Melbourne ke Yarra Valley adalah satu perjalanan yang tidak la terlalu lama. Penat kami hilang begitu sahaja bila melihat betapa banyaknya pilihan coklat-coklat yang sedap dibuat dan di jual di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery. Katakan sahaja jenis coklat mana yang anda suka, anda akan jumpa favourite anda di sini.
Ada banyak pilihan yang menarik MrJocko cuba di sini, tetapi yang paling mencuri hati ialah Manggo Chocolate yang lazat. Coklat berkualiti tinggi di adun dengan mangga yang asli dijadikan coklat yang sedap. Yum Yum…
Sudah pasti anda akan rugi jika tidak singgah di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery ini. Ia satu kilang membuat coklat yang terbaik di Yarra Valley dan juga punyai ruang pameran dan cafe yang sangat selesa dan besar untuk rombongan pelancong yang ramai.
Ramai pelancong dari Malaysia akan singgah di sini untuk merasai sendiri keenakkan coklat Yarra Valley. Jadi tidak hairan jika tuan punya Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery ini, Neeland dan Ian memang mempunyai banyak menu pilihan terbaik untuk citarasa orang Malaysia dan Asia kerana permintaannya yang sangat menggalakkan.

Ian, tuan punya Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery

Dimitri, Ketua Chef di kilang coklat ini

Jadi sekiranya anda ingin ke Melbourne, masukkan satu jadual untuk anda singgah di Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery ini. Anda tidak akan menyesal ke sini kerana di samping keenakkan coklat terbaik di sini, anda akan lihat pemandangan ladang-ladang yang dangat cantik dan hebat hanya di Yarra Valley.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s