Memancing Ikan Trout Dan Salmon Di Buxton Trout & Salmon Farm

Buxton_Trout_Salmon_Farm
Memancing memang antara hobi MrJocko. Jadi apabila di bawa ke Buxton Trout & Salmon Farm yang terletak di Buxton, Victoria ini umpama peluang keemasan buat MrJocko. Di sini, lubuk bagi ikan Trout dan Atlantic Salmon yang merupakan antara ikan yang termahal di Australia. Sudah pasti rasa ikan jenis ini memang sedap dimasak dalam apa-apa cara sekalipun.
Buxton Trout & Salmon Farm ini adalah satu lokasi peribadi yang di usahakan secara turun temurun dan ia dibuka kepada umum hampir setiap hari kecuali pada cuti Krismas. Tiket masuk ke sini hanya AUD5 untuk Dewasa dan AUD2 untuk Kanak-kanak. Tiket masuk ini adalah termasuk harga  sewa batang pancing, umpan dan juga jaring.
Kalau di Malaysia, ia seumpama anda memancing di Kolam Ikan Air Tawar atau Air Masin. Yang beza cuma di sini tidak dikenakan masa dan juga jenis ikan di sini jenis ikan air tawar biakan jenis terkenal di Australia iaitu iakan Trout dan Atlantic Salmon.
Buxton_Trout_Salmon_Farm

Kolam di sini agak unik kerana ia di bina dengan laluan asal anak sungai, cuma kedalamannya di korek sehingga 10 meter untuk memastikan ikan-ikan di sini membiak dengan selesa. Setiap kolam mempunyai saliran air yang teratur dan kemas dan mempunyai dua kolam utama iaitu ikan Trout dan juga ikan Atlantic Salmon.
Yang paling popular di sini ialah ikan Trout, namun yang menjadi impian ialah ikan Atlantic Salmon kerana ia lebih sedap dan juga lebih mahal berbanding ikan Trout.
Konsep di sini mudah sahaja. Anda wajib membeli ikan yang anda pancing mengikut harga semasa ikan tersebut setiap kilo berdasarkan saiz ikan yang anda dapat. Bayangkan ikan Atlantic Salmon berharga AUD24/kg. Setiap seekor ikan Salmon dewasa sekitar 3kg, bermakna anda akan membayar sekitar AUD72 (RM200) untuk seekor ikan Atlantic Salmon. 
Nampak mahal tetapi percaya lah, isi ikan jenis Atlantic Salmon ini memang segar dan sangat sedap bila di bakar atau di gril.

Buxton_Trout_Salmon_Farm

Rezeki pada hari tersebut, MrJocko berjaya menaikkan 3 ekor ikan Trout sekitar berat 3kg setiap ekor. Alhamdulillah, hasil pengalaman memancing ikan air masin ketika di Malaysia. Lagipun memancing kat sini agak mudah kerana setiap kolam tidak la besar mana dan ikan memang sangat banyak.
3 ekor ikan Trout ini kemudian dibersihkan dan di potong serta dibakar terus untuk juadah makan tengahari kami. Alhamdulillah, ikan-ikan ini ditaja sepenuhnya oleh tuan punya Buxton Trout & Salmon Farm sebagai tanda terima kasih kepada kami kerana singgah di kolam mereka.


Makan tengahari kami pada hari tersebut memang luar biasa bila dapat makan ikan Trout segar dari kolam dan di grill dan di bakar dengan black pepper dan rempah khas. Sangat sihat dan ia satu menu sihat yang terbaik untuk ikan pernah MrJocko rasa. Lihat sahaja wakil media yang ada, semua memang teruja nak makan dan tak sabar menikmati menu ikan Trout di Buxton Trout & Salmon Farm.

Untuk ke Buxton Trout & Salmon Farm, anda cuma perlu memandu sekitar 30 minit perjalanan dari Yarra Valley dan memasuki Yarra Ranges National Park. Tidak la jauh kerana sepanjang perjalanan anda akan teruja dengan pemandangan hutan Australia yang sangat menarik, sangat berbeza dengan hutan di Malaysia.

Jika anda ingin mencuba pengalaman memancing di Buxton Trout & Salmon Farm, anda boleh terus ke alamat ini 2118 Maroondah Highway, Buxton VIC 3711, Australia
+613 57747370 atau dapatkan maklumat dari pihak Tourism Victoria, Australia.

3 komen pada “Memancing Ikan Trout Dan Salmon Di Buxton Trout & Salmon Farm”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s