Muzium TarraWarra Yarra Valley : Muzium Persendirian Pertama Di Australia

Yarra Valley sebenarnya sebuah lokasi tanah tinggi yang memang sesuai untuk tempat anda bersara dan menikmati hidup yang aman dan damai. Lokasi di sini memang tenang dan dikelilingi oleh pemandangan yang cantik dan menarik. Di sini juga terletak sebuah muzium persendirian yang dikenali sebagai TarraWarra Museum.
The TarraWarra Muzium Art Limited telah ditubuhkan sebagai syarikat berhad dengan jaminan pada tarikh Oktober 2000. Muzium ini adalah pertama yang dibiayai secara persendirian, berkonsepkan muzium seni visual yang ditubuhkan di bawah langkah-langkah dermawan Kerajaan Australia. TWMA beroperasi bukan sebagai ‘profit maker’ tetapi lebih dengan piagam untuk memaparkan seni hasil kerja warga Australia dari separuh kedua abad kedua puluh hingga ke hari ini.

TarraWarra_Museum_Yarra_Valley

bersama Pengarah Kurator Mr Anthony

TarraWarra_Museum_Yarra_Valley

Secara peribadi, binaan bangunan ini amat cantik dengan dikelilingi oleh ladang anggur dan juga pokok yang menghijau. Taman yang luas serta mempunyai kolam yang memang cantik di sekitar kawasan TarraWarra Museum Yarra Valley.
MrJocko sendiri memang teruja bila pertama kali sampai di sini kerana keindahan landskap yang ada di sekitar muzium TarraWarra ini.
TarraWarra Museum ini dibuka setiap hari kecuali pada hari Isnin dari jam 11.00 pagi hingga 5.00 petang. Harga tiket masuk ke TarraWarra ialah Dewasa AUD14, Senior AUD12 dan Consession AUD10.
Ketika MrJocko melawat TarraWarra Museum ini pada Januari 2015, ia sedang memaparkan koleksi utama dari hasil pelukis terkenal Australia bernama Ian Fairweather. Di sini, koleksi yang dipamerkan adalah hasil sumbangan peribadi dan akan bertukar setiap kali pameran tamat.
Untuk peminat hasil seni lukis dan seni halus, sudah pasti ini lokasi wajib singgah untuk anda jika ke Yarra Valley, Victoria.

3 komen pada “Muzium TarraWarra Yarra Valley : Muzium Persendirian Pertama Di Australia”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s