Gateway Yarra Valley : Ladang Sayuran Organik Pilihan

Antara yang menjadi pilihan makanan utama di Australia adalah sayuran segar serta buahan dari ladang-ladang terbaik di Yarra Valley. Di sini memang ada banyak ladang buahan yang di uruskan dengan baik serta ladang sayuran yang menggunakan sistem organik keseluruhan. 
Gateway Yarra Valley Estate adalah antara salah satu ladang sayuran yang sempat MrJocko singgah.
Yarra Valley dikurniakan dengan limpahan hasil tanah dan tanaman yang berkualiti tinggi. Bersandarkan kepada usaha penanam di kawasan yang subur, Gateway Yarra Valley dapat mengeluarkan hasil tanaman terbaik seperti epal, anggur, plum, peach, kiwi, sayur-sayuran dan pelbagai produk segar. 
Gateway Yarra Valley

Gateway Yarra Valley

Brett Spurling, tuan punya Gateway Yarra Valley
Peluang kami dibawa masuk untuk melihat sendiri tanaman yang menggunakan sistem organik dan teknik khas ini memberikan kualiti yang baik untuk capricum, cili, tomato, strawberi dan banyak lagi tanaman lain. 
Pertama kali MrJocko sistem penanaman sayur yang sangat sistematik dan berbeza dari apa yang selalu di praktikkan di Malaysia. Ini kerana, tuan punya Brett Spurling mahu memastikan hasil pengeluaran mereka setiap 6 bulan ini adalah hasil terbaik untuk produk Gateway Yarra Valley Estate kepada pengguna.
Gateway Yarra Valley

Strawberry Upick
Yarra Valley Estate Gateway mempunyai buah-buah strawberi yang tersedia untuk di petik. Namun sayangnya waktu kami ke sini mereka masih lagi menunggu buah strawberi untuk masak dalam beberapa minggu lagi.
Untuk info, Strawberi di sini ditanam menggunakan semburan bahan kimia yang minimum. Mereka sebenarnya membeli pepijat khas untuk mengawal penyakit yang tidak baik. Dengan cara ini membantu Gateway Yarra Valley untuk mengekalkan persekitaran yang sihat dan seimbang.
Masuk adalah percuma untuk memetik strawberi dan anda boleh mengambil sebagai sedikit atau sebanyak mana yang anda suka, anda hanya membayar untuk apa yang anda pilih. Strawberi yang berikut dikenakan oleh berat badan dengan bakul bundar 250gram biasa berharga hanya AUD4.
Gateway Yarra Valley

Gateway Yarra Valley

Gateway_Yarra_Valley

Sesi terakhir di Gateway Yarra Valley ialah sesi food tasting. Kami diberi peluang untuk mencuba sos  pasta buatan khas di sini menggunakan Capricum, Cili, Tomato,

Apa yang anda boleh dapat di Gateway Yarra Valley

A full range of fresh fruit and vegetables.
Yarra Valley Pasta.
Local Olives and Oils.
Ricci’s Bikkies.
Yarra Valley Dairy cheeses.
Local free range eggs.
Local Sourdough and Organic breads.
Yarra Coffee whole bean and ground coffees.
Milawa Cheeses.
Deli lines and nuts.
Yarra Valley Snackfoods chips.
Montrose meats smallgoods.
Crumbs biscuits.
Yarra Valley Gourmet foods.
Kookaberry jams.
Yarra Valley Tea Co. Organic Tea.
Australian Harvest mustards and pastes.

Untuk memudahkan anda mencari lokasi Gateway Yarra Valley Estate, anda boleh ke alamat ini : Alamat : 667 Maroondah Highway, Coldstream. VIC. 3770
No Tel : (03) 9739 0568

2 komen pada “Gateway Yarra Valley : Ladang Sayuran Organik Pilihan”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s