Grand Launch Kids Gallery Di One City USJ

Kids Gallery One City USJ kini telah dibuka secara rasmi untuk anda yang mencari koleksi pakaian yang bermutu, cantik, trendy serta rekaan terkini kanak-kanak. Kids Gallery One City adalah gedung membeli-belah serba-serbi untuk kanak-kanak yang pertama seumpamanya oleh One City Properties dalam perniagaan peruncitan. 
Kids Gallery One City mempunyai keluasan kira-kira 15,500 kaki persegi, bersamaan dengan sembilan lot kedai, gedung ini menyediakan pelbagai kelengkapan kanak-kanak daripada pakaian, aksesori, buku, beg sehinggalah rangkaian peralatan tempat tidur. 
Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ
Mr Sim Hai Yeun (Retail Director of One City Properties Sdn Bhd)
Jika anda datang ke Kids Gallery One City, anda akan melihat terdapat sudut-sudut bergambar menarik dan elemen-elemen 3D di sekeliling gedung bagi kanak-kanak merakamkan foto mereka. Bilik persalinan pula direka dengan elemen mesra “selfie” supaya kanak-kanak berpeluang beraksi dalam pakaian yang dicuba atau menangkap gambar untuk melihat diri mereka di dalam persalinan baharu tersebut. 
Kids Gallery One City USJ mensasarkan untuk memasuki pasaran pengguna beraspirasi namun masih peka terhadap harga yang kian berkembang di negara ini dengan penyediaan pelbagai jenama antarabangsa, tempatan dan eksklusif di dalam suasana beli-belah yang menyeronokkan. Kami percaya bahawa pengalaman beli-belah ini merupakan penanda aras baharu terhadap pembezaan kompetitif,” ujar Pengarah Peruncitan One City Properties, Sim Hai Yeun dalam ucapannya pada pembukaan perasmian Kids Gallery. 
Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ
Di Kids Gallery One City, kanak-kanak digalakkan untuk turut serta dalam proses pembelian. Mereka boleh membayar sendiri barangan yang dibeli memandangkan kaunter-kaunter bayaran ditetapkan pada ketinggian mesra kanak-kanak. Bagi ibu yang menyusukan anak, Kids Gallery juga dilengkapi bilik menyusu dan menukar lampin, bersambung dengan bilik air serta ruang hiburan untuk kanak-kanak. Para ibu kini boleh menyusukan anak atau berbelanja dengan tenang tanpa membimbangi keselamatan anak-anak yang berada di ruang hiburan yang juga dilengkapi televisyen bagi menghiburkan mereka dengan rancangan kartun. 
Kedua-dua bilik air Lelaki dan Wanita di dalam gedung ini juga menyediakan sinki, tempat buang air kecil (urinal) dan mangkuk tandas mesra kanak-kanak yang ditetapkan dengan ketinggian yang lebih rendah. Tambah Sim, “Dengan pelaburan bernilai RM3 juta yang dibelanjakan bagi membangunkan gedung ini, Kids Gallery akan menjadi pelengkap kepada kemudahan sekitarnya seperti pejabat mewah (suite), menara pejabat, hotel berkelas bisnes, rangkaian F&B, pawagam, gim, karaoke dan pasar raya.

Kids Gallery bakal memenuhi keperluan kanak-kanak bermula daripada bayi sehingga mereka yang berumur 17 tahun.” Majlis perasmian turut diacarakan bersama oleh bintang cilik berusia 9 tahun, Mia Sara yang memukau hadirin dengan bakat pengacaraannya. 

Kids_Gallery_One_City_Launch_USJ
Pada pelancaran itu juga, para tetamu dihiburkan dengan persembahan tarian hip hop oleh kanak-kanak energetik yang dikoreografi kapten bagi pasukan yang menjuarai pertandingan “So You Think You Can Dance Malaysia” musim pertama, Alam Who. 
Kumpulan tarian singa kemudiannya mengiringi upacara perasmian pemotongan reben sebagai satu simbolik kemewahan dan tuah. Kids Gallery kini menawarkan lebih daripada 30 jenama yang tidak hanya popular, malah berpatutan dan berkualiti. 
Untuk mendapatkan keterangan lanjut atau bagi mengikuti perkembangan berkenaan promosi gedung, layari laman Facebook Kids Gallery https://www.facebook.com/kidsgallerydepartmentstore. Alamat: 
Kids Gallery, Ground Floor, 
The Place@One City, 
Jalan USJ 25/1a, 47650 UEP Subang Jaya,
Selangor

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s