Lunch Yang Sangat Sedap Di Meletos Restaurant Yarra Valley

Hari terakhir di Yarra Valley, kami dibawa untuk ke lokasi makan tengahari di sebuah restoran yang terkenal di Yarra Valley. Ia terletak di tengah-tengah ladang anggur dan epal kerana ia adalah sebahagian dari kawasan perindustrian ladang anggur dan epal terbesar di Yarra Valley. Di sini, ada Napoleone dan juga Meletos Restaurant Yarra Valley yang menjadi pilihan ramai warga Yarra Valley dan juga Melbourne.
Bila pertama kali melihat bangunan Napoleone di sini, rasa macam pelik. Nampak simple sahaja dari luar, takkan la ini restoran kegemaran penduduk Yarra Valley?
Meletos Restaurant Yarra Valley

Rupanya, Napoleone ini adalah salah satu bahagian di sini yang menyediakan pelbagai pilihan wine dan cider yang terkenal di Yarra Valley. 
Napoleone Ciders mengandungi buah-buahan yang ditanam di ladang oleh tiga generasi keluarga Napoleone. The ciders dibuat di tapak menggunakan 100% jus segar, tiada pati dan tiada gluten.
Yarra Valley telah menjadi cider pilihan Australia sejak 1900 dan kawasan ladang Epal dan Pear ciders sejak tahun 2008 di kilang wine mereka di Coldstream. Menggunakan hanya buah epal dan pear premium dan dihasilkan dalam kelompok yang terhad.
Oleh kerana wine dan cider bukan untuk minuman kita orang Islam, maka kami memang tak cuba. Kalau diorang boleh buat sparkling jus buah epal, anggur dan pear tanpa alkohol kan lagi bagus, boleh kami cuba.

Ladang Anggur yang sangat besar

Meletos Restaurant Yarra Valley ini adalah sebuah konsep restoran fine dining Italy kerana tuan punya Meletos ini adalah keturunan Italy yang telah datang ke Australia pada tahun 1940-an. Kini mereka mempunyai jaringan perniagaan ladang-ladang anggur, epal, pear dan banyak lagi di Yarra Valley.
Bila masuk ke dalam Meletos Restaurant Yarra Valley, anda akan rasa satu suasana yang damai, tenang dan memang menakjubkan. Tak sangka dari luar nampak biasa tetapi sangat gah bila berada di dalam restoran ini.
Walaupun kedudukan Meletos agak jauh dari bandar Yarra Valley, tetapi ia sentiasa penuh pada waktu makan tengahari, minum petang dan juga makan malam kerana menu di sini sememangnya terbaik.

Pengalaman makan Crab Salad yang paling sedap pernah MrJocko cuba hanya di Meletos Restaurant Yarra Valley. Isi ketam di ambil dan dipotong halus kemudian dicampur dengan beberapa sayur kecil dan halus serta sedikit sos. Yum Yum memang sedap…
Kemudian kami mencuba menu Seafood Pizza yang juga menjadi signature dish kat sini. Memang jauh beza rasa dari pizza yang biasa MrJocko rasa di Malaysia dan ia ada keunikkan kepingan pizza yang lebih lembut dan rasa segar.

menu_at_Meletos Restaurant Yarra Valley

Meletos Restaurant Yarra Valley

Meletos Restaurant Yarra Valley

Pengalaman makan tengahari di Meletos Restaurant Yarra Valley ini memang sesuatu yang tak mungkin MrJocko lupakan. Suasan restoran yang terbaik, menu makanan yang sedap, pemandangan luar yang sangat menarik menjadikan waktu itu, waktu terbaik dalam hidup MrJocko. Alhamdulillah rezeki yang tak pernah MrJocko sangka sejak bergelar Travel Blogger Malaysia.
Lihat sahaja keindahan awan dan langit biru di Yarra Valley ini, sangat mengkagumkan. Subhanallah.
Jom ke Melbourne dengan Emirates Airline🙂

1 komen pada “Lunch Yang Sangat Sedap Di Meletos Restaurant Yarra Valley”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s