Jetty Yang Menarik Cowes Jetty Phillip Island

Phillip Island memang punya banyak lagi teat yang menarik. Banyak yang MrJocko nak share tentang Phillip Island, tetapi agak sibuk buat masa ini. Sementara menunggu entry perjalanan seterusnya di Phillip Island, jom lihat beberapa gambar yang MrJocko sempat ambil sebelum waktu sarapan di Mad Cow Cowes Jetty Phillip Island.
Angin laut di Cowes Jetty Phillip Island memang kuat. Lebih-lebih lagi dingin, sangat best kalau dapat santai di sini. Tak hairan lah kalau sebelah pagi pun ramai yang joging dan bersantai di pantai untuk menikmati suasana pagi yang terbaik.

Ruang jeti kat sini sebenarnya adalah tempat untuk bot-bot pelancong dan bot peribadi singgah untuk aktiviti laut. Di sini banyak juga bot yang menyediakan perkhidmatan Island Hoping atau EcoBoat Tours seperti yang MrJocko sertai sebelumnya
Pemandangan sekitar pantai dan jeti ini memang sangat menarik. Bayangkan anda bangun pagi dan menikmati pemandangan indah ini, Subhanallah. MrJocko sangat teruja dan tidak ada kata yang boleh digambarkan. Anda kena alami sendiri.

Pekan Cowes ini tidak la besar mana, dan antara pekan paling dekat dengan Cowes Jetty Phillip Island, tetapi pekan cukup untuk warga Phillip Island dan ia memang antara pekan kecil tetapi punyai fasiliti yang cukup dan terbaik sekitar ini. Tak hairan la, kalau Phillip Island juga menjadi lokasi persaraan orang-orang Australia yang agak terkenal.
Kalau la satu hari nanti diberi pilihan, teringin juga nak menetap di Phillip Island bila tiba masa bersara🙂. Dengar kata di kawasan sini pun ada beberapa keluarga Muslim dan ada komuniti Muslim, walaupun tak ramai tetapi mereka memang agak ramai.
Tapi kalau tak dapat di Phillip Island, dapat tinggal di Yarra Valley pun sudah cukup.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s