Pelican Feed Di Pelican View San Remo, Victoria

Mungkin ada antara anda yang pernah melihat burung Pelican ini. Bagi MrJocko, ini kali pertama melihat dan sempat sentuh sendiri di Pelican View San Remo, Victoria. Di sini, setiap hari sekitar jam 12.00 – 12.30 tengahari waktu Victoria, mereka akan memberi burung Pelican ini makan di persisir jeti Pelican View San Remo.
Ia semakin menjadi tarikan kepada pelancong yang datang ke sini untuk melihat dari dekat burung Pelican yang ‘liar’ ini dengan lebih dekat. Tambahan pula, aktiviti Pelican Feeding ini sudah menjadi kemestian di sini dan menarik ribuan pelancong ke San Remo dan Phillip Island setiap tahun.
Burung Pelican ini memang agak besar dan kadang-kadang boleh jadi agresif kalau kita berkasar dengannya. Tetapi, kalau kita rileks jer, burung ni memang friendly.

Masa kami sampai di Pelican View ini, kami agak lewat. Masa untuk Pelican Feed dah abis tetapi kami masih dibenarkan untuk turun bergambar dengan burung Pelican liar ini. Ada banyak burung Pelican di sini tetapi hanya sekitar seratus ekor yang selalu singgah untuk datang makan percuma di Pelican View.
Kalau anda dah sampai sini, singgah la di San Remo untuk melihat aktiviti memberi makan kepada burung Pelican ini. Tiada bayaran dikenakan untuk melihat. tetapi anda boleh menyumbang kepada dana makanan burung Pelican ini secara sukarela.
Lokasi Pelican View ini adalah bersebelahan dengan jambatan utama yang menghubungkan tanah besar, San Remo menuju ke Phillip Island. Jadi ia mudah sahaja untuk di lawati dan anda akan mudah mencari lokasi ini di sekitar jalan keluar dari Phillip Island.
Terima kasih kepada Emirates kerana menerbangkan MrJocko ke Melbourne dan tajaan tour dari pihak Tourism Victoria sempena promosi Visit Melbourne #VisitMelbourne

pelican_feed_san_remo_map

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s