Lunch Saiz Mat Salleh Di Fish & Chips Pelican View San Remo

Selepas menyaksikan sendiri Pelican Feeding (sesi beri makan burung Undan), MrJocko singgah di restoran Pelican View Fish & Chip yang terletak hanya beberapa meter dari lokasi San Remo Jetty. Restoran Pelican View San Remo ini adalah restoran keluarga hasil usaha dari pihak Koperasi nelayan San Remo. Lokasinya terletak di pintu masuk ke Pulau Phillip. 
Dengan pemandangan yang sangat cantik dari terusan dan jeti San Remo Channel anda boleh singgah di sini untuk rehat sementara menyaksikan sendiri keindahan kawasan sekitar San Remo. 
Fish & Chips Pelican View San Remo

Gadget ini adalah untuk memberitahu bahawa tempahan anda sudah siap. Ia akan menyala bila tempahana anda dah siap.
Menu lunch kami kali ini sangat berbeza di Pelican View Restaurant San Remo yang berkonsepkan Fish & Chip. Menu di sini adalah menu seafood dan ia adalah menu family yan terkenal di sekitar Phillip Island dan San Remo. Tony, wakil Tourism Victoria memang mensyorkan kami mencuba menu Barramundi yang memang sedap di sini.
Lihat lah apa yang Tony tempah untuk makan tengahri kami pada hari tu. Banyak sangat menu fish & chip termasuk menu barramundi, salmon, sotong dan juga lobster kalau anda mahu. 

Menu di Pelican View San Remo ini memang unik kerana antara restoran yang menyediakan bungkusan kertas dan simple seperti ini. Dengan setiap bungkusan, anda boleh pilih untuk makan bersantai di tepi pantai atau makan di dalam restoran. Packaging seperti ini memang jarang MrJocko jumpa.
Setiap portion yang dijual adalah mengikut set yang tertentu dan dijual bermula dari harga AUD9.99. Untuk set lain anda boleh dapatkan lunch set dengan nilai bermula dari AUD15.99 . Untuk menu di Pelican View MrJocko order pakej Fisherman Special yang mana ada menu ikan Barramundi dan Sotong sebagai menu utama di sambil kentang goreng yang sangat banyak.

Menu di Pelican View ini memang besar dan saiz biasa Mat Salleh atau ornag Australia yang memang makan banyak. Untuk set seperti ini, MrJocko tak dapat habiskan dan memang akan kongsi dua. Memang sedap, tetapi MrJocko akan cepat kenyang kalau makan kentang goreng banyak-banyak.
So, kalau anda nak order makanan di Pelican View San Remo ini, MrJocko syorkan anda beli satu set dan kongsi dua orang untuk mengelakkan dari membazir. Menu sotong goreng dia memang sedap, mesti cuba.

2 komen pada “Lunch Saiz Mat Salleh Di Fish & Chips Pelican View San Remo”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s