Jalan-Jalan Main Bowling Di Ampang Superbowl Berjaya Times Square

Sejak beberapa bulan, lama tak bawa anak-anak MrJocko beriadah dalam aktiviti sukan seperti dulu. Sebelum ni, kami selalu juga layan Layang-layang di Taman Metropolitan Kepong, main kereta remote dan Quad Copter di Taman Tasik Perdana, pernah bawa mereka pergi memancing dan aktiviti lain. Tapi itu dulu. Sekarang ni, sebab banyak sangat kerja, banyak yang kami terlepas.
Khalish dan Hasya memang suka main apa-apa sukan. Kalau boleh, semua benda diorang nak cuba. Sebab tu, semalam MrJocko bawa diorang singgah main Bowling di Ampang Superbowl Berjaya Times Square di Tingkat 5.

bowling_ampang_superbowl

Yang paling teruja nak main bowling kali ini ialah si Hasya. Kalau sebelum ni, Khalish dah banyak kali juga la main bowling, tetapi Hasya rasanya ini kali kedua dia cuba main bowling. 
Kalau dulu, MrJocko kira boleh tahan la kalau setakat main Bowling. Pernah beberapa kali Juara berkumpulan semasa Pertandingan di BNM dan juga serta beberapa Tournament Terbuka. Tak la hebat, tetapi boleh la setakat nak layan main 4-5 games atau main liga. Itu dulu, sekarang dah lama tak prektis🙂.
Antara Khalish dan Hasya, nampaknya Hasya lebih cepat belajar dan ada gaya pemain Bowling yang berpotensi. Sekali ajar, dia dah boleh pegang bola dan baling agak laju berbanding kakak Khalish yang masih takut-takut nak baling bola.
Pun begitu, kalau ikut keputusan permainan semalam, masing-masing berjaya mengumpul 83 mata, sama dan boleh kata OK la untuk beginner. Lagipun boleh yang ada cuma berat 7 Pounds, nampak susah diorang nak control bola. Nampaknya kena tanya la diorang kalau-kalau diorang nak belajar serius main Bowling. Kalau ya, kita sebagai ibu bapa kena la support aktiviti yang sihat, tambah-tambah lagi sukan ini punya potensi di peringkat antarabangsa.
Mana tahu, kalau ada rezeki, boleh la my kids wakil negara, boleh travel percuma seperti MrJocko🙂

2 komen pada “Jalan-Jalan Main Bowling Di Ampang Superbowl Berjaya Times Square”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s